Kerajaan memutuskan sebarang konsep perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu, tempah dan ambil serta e-hailing tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP selepas menimbang kesan yang akan berlaku sekiranya ia dilaksanakan.
“Kalau kita wujudkan bazar contohnya, 50 bazar sekelompok dan e-hailing datang mengambil barang itu selepas menerima pesanan, ia tidak boleh dilakukan kerana bazar dan gerai seperti itu tidak dibenarkan.
“Tetapi perniagaan e-hailing biasa yang sekarang dilaksanakan dan hantar ke rumah, perkara itu diteruskan seperti biasa,” katanya pada sidang media harian PKP di sini, hari ini.
Sebelum ini terdapat cadangan perniagaan makanan berkonsepkan tiga kaedah iaitu pandu lalu, bungkus dan ambil serta e-hailing sebagai alternatif menggantikan bazar Ramadan yang tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara bagi membendung penul4ran wab4k COVI1D-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, langkah itu diambil bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian wab4k koronav1irus (Covi1d-19) akan terlaksana.
“Kerajaan sentiasa mendengar dan mengambil kira pandangan rakyat termasuk pakar-pakar dan badan-badan bukan kerajaan.
“Sehubungan itu, Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan bahawa sebarang bentuk bazar Ramadan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Video tular seperti ada bazar Ramadhan
Video ini dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial Izzat Ijat
Menurut komen dari orang ramai, video ini dirakam di Tanjung Karang.
Pihak berkuasa tempatan sudah beri kebenaran?
Walau apa pun, semoga tiada kluster baru yang muncul dan di harapakan mereka yang pergi ke bazar itu mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan. Sama-sama kita berdoa supaya c0v1d19 terus hilang dari dunia. Amin..
Olahan RJ
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.hmtpress.allnws.com/