Dr Erin Sekat Nombor Da’i Farhan, Tak Bagi Jumpa Anak Selepas Lahir

Selepas diceraikan ketika sedang hamil cahaya mata pertama mereka, Dr Erin memberitahu dia dan bekas suaminya, Da’i Farhan tidak lagi berhubung. Malah, Erin berkata dia juga sudah menyekat nombor telefon bekas suaminya itu.

Ujarnya dia lebih tenang berbuat demikian dan tidak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan pendakwa tersebut. Kata Erin lagi, dia lebih gembira dengan kehidupannya kini.

“Saya dah block ustaz. Saya tak nak ada apa-apa lagi sama ada saya dihubungi atau saya menghubunginya.

“Jadi, bila saya sekat nombor telefon, fikiran saya jadi lebih tenang. Kalau saya tak block, fikiran saya nanti jadi tak tenang fikir macam-macam. Sekarang ni saya lebih gembira dengan kehidupan.

“Biarlah saya sekat ustaz terus. Lagipun saya sudah tidak mahu dikaitkan dengan dirinya lagi,” katanya kepada Astro Gempak.

Erin berkata, bekas suaminya itu ada menyatakan hasrat untuk bertemu selepas anak dalam kandungannya itu lahir, bagaimanapun dia tidak akan membenarkan Farhan untuk bertemu dengan anak mereka itu.

“Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby. Bila dia cakap begitu, memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini,” katanya.

Erin memaklumkan, barang-barang peribadi milik bekas suaminya masih ada di rumahnya lagi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghalang Farhan untuk mengambil barangannya.

Menurut Erin, bekas suaminya kini berada di Kelantan selepas keluar dari rumah. Dalam pada itu, Erin turut meminta orang ramai berhenti mengaitkan dirinya dengan pendakwah tersebut kerana dia bukan lagi isterinya lagi.

“Cumanya tolonglah henti kaitkan saya dengan ustaz lagi. Saya ini bukan selebriti. Kalau dulu mungkin saya isteri ustaz, sekarang ni saya bukan isteri sesiapa lagi,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya