“Rakyat Malaysia Yang Berniaga Ini Sangat Pemurah ..” – Syafiq Kyle Tak Putus Dapat Juadah Makanan Pada Bulan Ramadan

Aktor kacak, Syafiq Kyle bersyukur kerana dimurahkan rezeki dengan pemberian makanan daripada kalangan peniaga yang menghantar makanan ke rumahnya pada bulan Ramadan.

Kata Syafiq, dia belum berk3sempatan untuk membeli juadah sendiri kerana khuatir akan berlaku pembaziran.

“Saya tak pandai sangat bab memasak setakat masakan ‘simple’ boleh la. Saya rasa tahun ini paling bersyukur kerana menjimatkan. Rakyat Malaysia yang berniaga ini sangat pemurah.

“Setiap hari saya dapat makanan percuma. Apa yang terlintas di fikiran terus sampai. Saya tak pernah beli juadah lagi sepanjang bulan Ramadan ini.

“Cukup la dengan juadah yang diberikan, lagipun saya berseorangan di rumah. Kita bersederhana saja. 

“Alhamdulillah rezeki saya tak pernah putus dan insya-Allah sama juga untuk orang yang beri saya makanan,” katanya menerusi segmen #ArtisDudukDiam bersama Astro Gempak.

Tambah pelakon filem Pusaka ini dia tidak mengambil sebarang bayaran daripada peniaga untuk berkongsi juadah makanan di platform Instagram (IG)nya.

“Saya tak kenakan sebarang bayaran untuk kongsi makanan mereka di IG. Apa yang saya suka makan, saya akan ‘review’. 

“Kalau saya nak ambil bayaran ramai sangat yang mesej, boleh kaya saya. Saya buat setakat yang mampu saja,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hi guys, Capik mengambil kesempatan ni nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada anda semua. Ramadan ialah bulan penuh dugaan, jadi tabahkanlah diri anda dan banyakkan bersabar menempuh setiap dugaan kerana ia akan membawa pahala. Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu. Kekal hidrat dengan 100PLUS dan semoga semuanya dipermudahkan. #TabahkanHatimu #100PLUSSinarkanRamadanmu

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak