Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung deritanya.
Itulah situasi dialami pelakon veteran Roslan Salleh yang mengalami batuk berd4rah sebelum menyambut Ramadan lalu.
Gempak sempat menghubungi Roslan atau lebih mesra dipanggil Pak Lan untuk mengetahui perkembangan terkininya.
Menurut Pak Lan, pada awalnya dia hanya mengalami batuk biasa, namun tidak menyangka ia kemudian berlarutan sehingga berd4rah.
“Teruk juga batuk Pak Lan sebab darahnya likat dan boleh tahan banyak. Seminggu juga Pak Lan ditempatkan di h0sp1tal.
“Doktor beritahu ada j4ngk1tan dekat paru-paru, tekanan darah pun rendah. Tapi Alhamdulillah tak teruk dan sekarang beransur pulih,” katanya.
Menurutnya, dia kini tidak lagi seperti dulu dan hanya menghabiskan masa baring di rumah.
“Berjalan tu boleh tapi dah tak kuat. Kena berpaut dan adakalanya kena sorong dengan kerusi roda, faktor usia mungkin,” katanya.
Jelasnya, apa yang dikongsi ini bukanlah untuk mengharapkan simpati, sumbangan atau derma.
“Hanya sekadar peringatan kepada kawan-kawan yang masih sihat.
“Kalau kita diuji Allah dengan nikmat kesihatan yang ditarik balik, hanya harapkan doa dan sokongan moral dari kawan-kawan. Itu lebih besar nilainya.
“Saya mungkin dah tak sihat macam dulu, tapi semangat masih kuat,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak