IPOH: Penantian pasangan YouTuber sensasi yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ untuk mendapatkan gaji daripada laman YouTube sejak Januari lepas berakhir hari ini.
S Pavithra, 28, datang ke Pejabat Pos Besar Perak di sini dari Sungai Siput untuk membuat tuntutan bayaran gaji tertunggak itu sebaik menjadi rakan YouTube (YouTube Partner) dengan penuh kegembiraan dan berbekalkan beberapa perancangan untuk keluarga.
Ibu kepada dua anak yang berasal dari Buntong itu berkata, gaji sulung sebagai YouTuber antaranya akan digunakan untuk membeli pakaian baharu untuk dirinya serta ahli keluarga lain.
“Kami bukan orang senang. Sekarang sudah dapat gaji walaupun tidak banyak seperti yang dihebohkan di media sosial, tetapi saya dan suami sangat gembira kerana lama menunggu dengan penuh sabar.
“Saya akan gunakan untuk beli pakaian, membuat rawatan rambut dan membeli barangan kelengkapan sembahyang di rumah,” katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Pavithra dan suami M Sugu, 29, menafikan mereka membuka beberapa akaun Facebook dan Instagram atas nama Sugu Pavithra sejak 16 Mei lepas, sebaliknya hanya mempunyai akaun YouTube.
“Saya berharap kawan-kawan warganet dapat membantu laporkan kepada pihak berkuasa perkara ini kerana saya bimbang ada yang akan mengambil kesempatan,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online