Ras Adiba Radzi Tak Sabar ‘Berjuang’ Selepas Angkat Sumpah Sebagai SENATOR Di Dewan Negara

Tahniah! diucapkan kepada Ras Adiba Radzi atas perlantikan sebagai Senator pada hari ini. Penyampai berita ini kelihatan berseri-seri di majlis angkat sumpah yang berlangsung di Dewan Negara.

Foto: BERNAMA

Menggalas status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 18 tahun yang lalu dan Presiden Orang Kelainan Upaya (OKU) Sentral, Ras Adiba akan memegang jawatan sebagai Senator bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini bagi mewakili golongan OKU.

Foto: Parlimen Malaysia

Ras Adiba yang berasal dari Petaling Jaya pula merupakan individu ketiga dilantik sebagai senator mewakili golongan OKU. Mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran selama lebih 34 tahun, Ras Adiba menyifatkan pelantikan itu satu penghormatan kepada industri media negara.

Foto: Parlimen Malaysia

Atlet paralimpik negara itu berkata antara perkara yang akan diusulkan adalah mengenai pendidikan, pekerjaan dan infrastruktur golongan OKU di negara ini.

“Saya tidak sabar-sabar untuk turun padang dan berjuang bagi membantu pelaksanaan Akta OKU dan membantu isu-isu inklusiviti dan hak kepada OKU,” katanya.

Foto: Twitter Ras Adiba Radzi

Sebagai warga media, beliau juga mahu melihat lebih ramai OKU terlibat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Foto: Twitter Ras Adiba Radzi

Dalam perkembangan lain, Ras Adiba turut bergiat aktif berbagi rezeki kepada mereka yang memerlvk4n di bawah persatuan Badan Bukan Kerajaan, OKU Sentral yang diasaskan olehnya. Walaupun berkerusi roda tetapi niat membantu orang lain wajar dijadikan inspirasi. Semoga Ras Adiba terus kuat semangat dan terus berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

Foto: Twitter Ras Adiba Radzi

Ras Adiba sebelum ini pernah ditohmah tentang status OKU walau bagaimanapun telah memaafkan segala f1tn4h terhadap dirinya. “Saya seorang OKU yang lvmpuh separuh badan atau seorang Paraplegic. Dengan fizioterapi, saya mampu membawa kereta dan berenang menggunakan tangan (kaki saya akan jatuh ke dalam air ketika berenang). Pergerakan saya terbatas dan saya berharap kepada kerusi roda untuk bergerak.

Foto: Twitter Ras Adiba Radzi

Pada 2002 tika saya menjadi OKU, ramai yang mengatakan saya tidak sakit dan yang saya berpura-pura. Mereka berkata begitu kerana mungkin tidak faham keadaan saya dan apa yang sebenarnya melanda diri saya,” kata wanita hebat ini.

Foto: Instagram @rasadibaradzi

Sumber: BERNAMA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona