Netizen Tergamam Lihat Sajat Beri Bantuan Ikut Cara Ebit Lew, Bermacam Komen Diterima

Itulah antara kata-kata nista yang dilemparkan oleh netizen pada salah satu posting usahawan terkenal, saj4t. Mana tidaknya, dirinya dikatakan seorang lelaki tapi menyerupai seorang wanita sehinggakan sanggup menukar jantina.

Isu ini timbul apabila dia memuat naik video yang menunjukkan dirinya cuba membantu orang susah di sekitar kawasan Johor. Erti kata lain, saj4t ikut cara Pendakwah Bebas, Ebit Lew yang sentiasa dan banyak membantu orang susah.

Lihat video untuk lebih mendalam

Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah duit sumbangan sebanyak RM200, barang keperluan harian seperti beras, kicap, Milo dan banyak lagi. Malah, dirinya cuba lakukan kebaikan seperti ini pada setiap bulan. Wah! Bagusnya saj4t mula ikut cara Ustaz Ebit Lew.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setiba nya sajat di tempat ini,hati sajat sayu melihat keadaan rumah yang sangat daif,masih ada lagi rumah yang macam ini untuk mereka berkeluarga.. Ya Allah,kau mempermudahkan urusan keluarga ini..sedih teramat amat sajat melihat keadaan ini😭😭😭…di situ lah mereka mandi,di situ lah di masak,di situ jugak mereka tido😭😭. . . Mungkin Allah dah aturkan secantik cantik nya ,keluarga ini bertemu dengan sajat,sajat dapat tahu tentang keluarga ini dari customers sajat,beliau yang memberi tahj tentang keluarga ini.. . . Dengan rezeki sajat ada ini,sajat akan mengambil rumah sewa 🏠 yang lengkap dengan kelengkapan rumah buat 2 keluarga ini untuk membesarkan anak dengan selesa..takpe lah tiap tiap bulan biar lah sajat bayar semua sewa rumah baru itu nanti.. tak sanggup sajat melihat keadaan rumah usang yang macam ini.. hanya Allah sahaja yang tahu keadaan mereka.. . . Doakan sajat dapat membantu untuk mereka yang lain.. mungkin rezeki yang sajat ada ini,dapat sajat meringankan beban mereka yang lain.. 😭🙏🏽 . . #misinursajat #rezekikudikongsibersama #syukur #nursajat23

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

Lihatlah video yang dikongsikan sepanjang proses membantu dua buah keluarga keluar dari kesulitan hidup. Apa yang saj4t sumbangkan adalah mencari dan memberikan rumah sewa yang dibiaya sepenuhnya serta diberikan kelengkapan rumah yang lengkap untuk memberi keselesaan untuk membesarkan anak si kecil.

“Tolong pun tak dapat pahala..”

Tak cukup dengan itu, ada juga netizen menjatuhkan hukvm sedangkan sesiapa pun tiada hak untuk menentukan siapa dapat pahala dan siapa dapat dosa atas tindakan seseorang kerana itu semua kerja Yang Maha Adil.

Doakan yang terbaik

Walau apa pun niat saj4t dan apa yang dia dah lakukan sebelum ni, sebaiknya jangan kita terlalu cepat menghakimi pahala dan dosa seseorang kerana itu adalah rahsia Allah.

Antara komen netizen

Daripada kita sibuk dosa dan pahala orang lain, lebih baik cermin diri kita. Setakat ini apa yang kita sudah lakukan untuk keluarga, masyarakat dan negara. Sebaiknya, doakan yang terbaik untuk saj4t.

Salam ramadhan

DonnaAfiqaSarif

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.hmtpress.allnws.com/