Jangan Ingat Tak Pandai Masak Ya! Ini Dia Lima Artis Cool Jual Kuih Raya

Tinggal lagi beberapa hari sebelum Aidilfitri menjelang dan seperti kebiasaannya tidak lengkap rasanya tradisi beraya jika tiada hidangan kuih raya.

Walaupun perayaan tahun ini sedikit berbeza ekoran penularan wabak COVID-19, namun kemeriahan tetap dirasai apabila beberapa selebriti mengambil inisiatif untuk menjual kuih raya hasil air tangan mereka sendiri.

Di sini, Gempak senaraikan lima selebriti cool yang menjual kuih raya atas permintaan peminat mereka sendiri.

1.Uqasha Senrose

Rezeki, tak menang tangan melayan tempahan daripada peminat. Itulah yang boleh kami simpulkan tentang Uqasha Senrose.

Difahamkan pada mulanya Uqasha tidak berniat untuk membuat perniagan biskut arab namun selepas mendapat permintaan tinggi, akhirnya pelakon cantik ini akur dan terhasillah jenama Something Sweet by Four Sisters.

Menariknya lagi, bentuk dan juga ‘rupa’ biskut arab yang dibuat dengan hasil air tangannya itu juga sama comel dan cantik seperti Uqasha.

Rata-rata pelanggan yang membeli memberikan respon positif sehingga ada yang membuat tempahan berulang kali.

Tidak kurang juga ada yang sudah menghabiskan biskut itu sebelum hari raya. Wah nampak tak betapa sedapnya biskut Uqasha tu?

2.Syura Badron

Penyanyi Syura juga tidak ketinggalan kembali memulakan perniagaan kuih tart nanas tahun ini.

Boleh dikatakan sambutan yang diterima sanggat menggalakan dan pelanggan yang membeli juga memuji kesedapan kuih tart Syura ini.

Kuih yang kelihatan ‘kemas’ dan cantik, isi tart nanas juga banyak serta tidak lokek. Patutlah ramai pelanggan yang gemarkan tart premium Syura kan?

Tidak hanya terhad kepada kuih tart, tahun ini Syura juga turut menjual Premium crunchy honey cornflake with almond.

3.Zara Zya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bakal menantu mak awak tengah buat kuih raya ni ha ❤️ @zarazyacooks

A post shared by ZaraZya (@zarazya) on

Sebut sahaja mengenai Zara sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa pelakon ini pandai dan rajin memasak.

Zara juga turut membuat perniagaan dengan membuka tempahan masakan untuk bulan puasa. Antara juadah yang ditawarkan adalah Kambing Bakar, Nasi Goreng Nanas, Ayam Golek dan macam-macam lagi.

Tidak cukup dengan itu, Zara juga turut menjual kuih raya iaitu Almond London, Kluster Kayangan, PopNes, Zara Cookies dan Nugget Cookies.

Rajinnya Zara ni kan? Untungnya siapa yang dapat hehe.

4.Ayu Damit

Selain terkenal sebagai pengusaha cili, penyanyi Ayu Damit kini mengembangkan perniagaannya dengan kuih tradisional popular, Bahulu.

Boleh dikatakan tak menang tangan Ayu menerima tempahan daripada pelanggannya. Ada juga yang melakukan tempahan dalam bentuk yang banyak.

Wah semakin berjaya perniagaan Ayu nampaknya, tahniah Ayu.

5.Arja Lee

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

siapa yang gila sangat dengan DARK CHOC CHIP dari @arjascookies 🤔 #darkchocchip #darkchocolate #arjascookies

A post shared by Arjalee (@arjalee) on

Pelakon Arja Lee merupakan antara salah seorang selebriti yang rajin meniaga, buktinya lihat sahajalah perniagaan biskut raya miliknya. Laku keras!

Setiap tahun tempahan yang diterima pasti banyak, mana tidaknya biskut yang dibuat Arja ini betul-betul sedap dan puas hati!

Dengan menggunakan nama Arja’s Cookies, antara biskut yang dijual Arja adalah Dark Choc Chip, Golden Macadamia, Crunchy Conflakes dan Cranberries Almond.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak