“Ya Allah Nak Menangis Ke Apa Ni, Takut Kena M4rah Dengan Mak” – Khai Bahar Kongsi Kisah Lucu Puasa

Penyanyi Khai Bahar berkongsi kisah lucu di bulan puasa ketika berada di kampung.

Menurut Khai, kisah tersebut berlaku sebelum dirinya bergelar penyanyi.

“Kejadian itu berlaku sebelum saya jadi penyanyi. Di kampung ada mak tok saya depan rumah ni suka berkongsi rezeki.

“Satu hari itu selepas solat tarawih dia panggil saya datang ke rumah kerana mahu memberikan nasi ayam.

“Bila dapat makanan saya jadi tak sabar nak makan nasi ayam dia sebab masakannya sedap! Jadi saya pun berlari-lari dengan penuh semangat untuk pulang ke rumah.

“Malangnya nasib tidak menyebelahi apabila saya tersadung dan terjatuh. Habis semua makanan dan pada waktu itu saya tak tahu nk gambarkan perasaan macam mana.

“Rasa macam… Ya Allah nak menangis ke apa ni sebab takut kena marah dengan mak. Lepas itu adik perempuan saya keluar dan dia punya lah ketawakan saya.

“Kecewa betul masa tu sebab rasa teringin nak makan tu membuak-buak tetapi jatuh pula, takde rezeki. Boleh bayang tak perasan teringain tu,” katanya ketawa.

Dalam pada itu berkongsi tentang rutinnya ketika menjelang hari raya, Khai berkata dia suka mengusik ibunya.

“Saya juga suka kac4u mak saya. Boleh dikatakan benda yang menggembirakan, tak ada yang serius pun.

“Sebabnya saya in sebenarnya suka lakukan benda yang g1la-g1la, kalau saya buat benda serius, kiranya itu bukan sayalah,” katanya ketika ditemu bual Gempak  menerusi segmen #ArtisDudukDiam.

Dalam perkembangan terbaru, Khai telah berkolaborasi bersama kumpulan nasyid Inteam menerusi lagu Setanggi Syurga 2020.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak