Dikatakan sudah tingal serumah dengan Noor Nabila, Sharnaaz akh1rnya jawab persoalan netizen

Pelakon Sharnaaz Ahmad memilih untuk berbaik dengan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila untuk ‘co-parenting’ bagi kebaikan anak mereka, Jebat Jayden.

Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz menyatakan perkara yang diutamakan sekarang ini adalah untuk membesarkan Jebat dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malaysia baru, Anak antoo yg baru.. ada stylllll raaaah!! Bersama dgn @arboovr46

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

“Kami berbaik untuk ‘co-parenting’ dengan keadaan sekarang ini. Jadi, tak ada benda yang meny4kitkan hati antara satu sama lain sebab yang penting adalah untuk membesarkan Jebat bersama-sama.

“Nak kata ke arah rumah tangga semakin elok itu subjektif. Apa yang saya utamakan sebagai seorang manusia adalah nak berkawan dengan dia. Dia adalah wanita dan ibu kepada anak saya dan kami matang dalam menguruskan hal ini.

“Saya bapa kepada Jebat. Saya tak boleh buang masa dan abaikan tanggungjawab seperti makan minum dan pakaian Jebat. Saya urus dan belikan.

“Macam Nabila, dia laksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Setiap hari saya berhubung dengan Nabila tanya pasal Jebat.

“Kalau saya nak jumpa Jebat, saya bagitau Nabila. Kadang-kadang saya belikan ‘extra’ makanan dan hantar kepada Nabila dan Jebat. Saya bertindak sebagai seorang kawan yang matang,” katanya.

Tambah pelakon filem p0lis Evo 3 ini, dia merasakan ini bukanlah masa yang sesuai untuk membincangkan soal rumah tangga mereka.

Bagi pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini, dia hanya ingin Jebat gembira sebagai anaknya dan Nabila.

“Untuk kami bincang soal perkahwinan, saya rasa mungkin tak sesuai. Itu saja. Tetapi untuk ‘co-parenting’, saya tak ada masalah. Saya nak Jebat gembira.

“Mungkin sebagai suami isteri kami tak berjaya, tapi ‘co-parenting’ kami berjaya. Apa salahnya?” katanya lagi.

Ketika ini, kes pencer4ian Sharnaaz dan Nabila masih berjalan.

Pasangan ini bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK