Keluarga Adib seb4k dikunjungi Bomba Kedah

ALOR SETAR: “Saya seb4k, tak boleh nak cakap sebab setiap kali raya memang teringat arw4h kerana dia suka sangat serunding ikan serta ketupat yang dibuat,” kata Asma Aziz, 52.

Asma adalah ibu kepada allahy4rh4m Muhammad Adib Mohd Kassim iaitu anggota bomba yang men1ngg4l dunia dalam kejadian rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya, Selangor, dua tahun lalu.

Menurut Asma, tahun ini dia menyambut Aidilfitri ala kadar bersama suami, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, dan dua anak perempuan di rumah mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Katanya, untuk anak sulungnya, Mohd Asyraf Mohd Kassim, 29, yang menetap di Kuala Lumpur, dia sudah menghantar ketupat sejuk beku sejak seminggu lalu.

“Kami empat beranak cuma sambut biasa sahaja, raya pun tak meriah sangat tahun ini.

“Cuma seb4k bila teringat arw4h, dia selalu balik kalau ada cuti setiap kali raya,” katanya dalam nada sed1h ketika ditemui semalam.

Semalam, pasangan suami isteri itu dikunjungi Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Syufa’at Kamaron pada program ziarah sempena Aidilfitri.

Syufa’at berkata, JBPM Kedah tidak pernah melupakan keluarga arw4h Adib kerana mereka bagaikan satu keluarga disebabkan jasa arw4h yang terlalu banyak dalam jabatan itu.

Beliau berkata, dengan lawatan dan sumbangan yang diberikan diharap dapat mengeratkan lagi hubungan mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online