Mathni tak reti duduk diam

KUALA LUMPUR: Biskut raya, baju Melayu dan kasut.

Sebut apa saja, semuanya pernah dijual pelakon, Mathni Razak demi mencari pendapatan sampingan sepanjang Ramadan.

Apatah lagi ketika negara berdepan penul4ran c0v1d-19 hingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, yang hilang sumber rezeki, tidak duduk diam mencari peluang berniaga.

Kali ini, pelakon drama Nur itu menjual keropok lekor dengan nama Mrs Tastee bersama isteri tersayang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah moreh malam ni saya dapat makan keropok lekor crispy. Walaupon saya jual tapi nak dpt stock sendiri pon susah 😅 gara2 order yg semakin meningkat setiap hari. Takpe saya kasi orang yg teringin sangat nak makan. Maklumlah kt KL ni bukan senang nak jumpa keropok lekor yang padat dgn isi ikan. Betul tak gaiss?? 😬😋 .Siapa yg dah rasa angkat tangan satu kali! ☺️😬 . So kpd peminat keropok lekor yg teringin sangat nak makan keropok lekor Ganu rangup sedap padat isi ikan dan siap dgn sos pencicah (colek) boleh laa usha kt @mrs.tastee dan bole order terus kat sana. Open order tau sbb keropok ni hari2 deliver dari Ganu kite… 😬 . . #ramadhan23 #staysafe #stayathome #kitajagakita #morehtime #malaysiansfood #pantaitimur #keropoklekorganu #sayamakansayajual

A post shared by Mathni Ab Razak (@mathnirazak7) on

“Hendak mengharapkan pendapatan daripada kerja lakonan sahaja tidak boleh. Sekurang-kurangnya, saya mesti ada perniagaan yang konsisten.

“Saya tak segan berniaga. Lagipun, rezeki halal buat apa hendak malu.

“Tidak sangka pula bisnes jual keropok lekor bersama isteri dapat sambutan.

“Adik ipar saya pula menguruskan soal promosi dan media sosial jenama Mrs Tastee,” katanya kepada BH Online.

Anak jati Pasir Puteh, Kelantan yang berdarah kacukan Melayu-Arab ini memang penggemar keropok lekor.

“Saya berjaya mendapatkan pembekal keropok lekor enak dari Terengganu. Di sini, sukar hendak mendapat bekalan keropok lekor yang isi ikannya padat.

“Jadi mengapa tidak saya bawa produk itu ke Lembah Klang,” katanya

Mengenai kerjaya seni, Mathni berkongsi penggambaran drama Rudie VS Jolie lakonannya hanya sempat dilakukan lima hari, Mac lalu.

“Penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua itu terpaksa dihentikan berikutan PKP,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online