“Hero tak minta perhatian”-Mereka Terus Bertugas Biarpun Menyedari Beris1ko Terded4h Kepada Penul4ran w4b4k.

SEJAK Malaysia diser4ng pandemik c0v1d-19, mereka terus bertugas biarpun menyedari beris1ko terded4h kepada penul4ran w4b4k.

Mungkin nama mereka tidak diangkat setaraf agensi penguat kuasa seperti p0lis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), tetapi pengorbanan mereka kepada negara sangat besar.

Mana tidaknya, tanpa mereka sudah tentu setiap kawasan perumahan dan bandar di seluruh negara akan dipenuhi sampah.

Pengorbanan dan komitmen mereka melayakkan golongan petugas kebersihan digelar unsung hero ataupun wira tidak didendang.

Dengan bantuan SWM Environment, wartawan Harian Metro mengambil peluang menyelami cabaran empat petugas kebersihan atau Pekerja Rendah Am (PRA) di Kota Tinggi, Rembau, Batu Pahat dan Alor Gajah sepanjang pandemik c0v1d-19. Berikut perkongsian kisah mereka:

Norizan Paiman, 48

(PRA Unit Kebersihan Awam di Kota Tinggi)

Biarpun segelintir pihak menganggap tugas ini remeh berbanding petugas barisan hadapan lain seperti doktor, p0lis mahupun tentera, tetapi dia berbangga dapat berbakti kepada negara bagi memastikan kawasan perumahan bersih.

Norizan yang juga pesara tentera berkata, dia menyedari ris1ko terded4h kepada penul4ran c0v1d-19 ketika bertugas apatah lagi perlu ‘bermain’ dengan jumlah sampah yang meningkat disebabkan ramai duduk di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

“Mungkin ada yang pandang remeh, tetapi saya lihat pekerjaan ini sejajar dengan perkhidmatan utama seperti perubatan dan keselamatan,” katanya.

Menurutnya, mulanya dia juga memikirkan risiko dij4ngk1ti c0v1d-19 ketika bertugas namun apabila kerja pembersihan diumumkan sebagai perkhidmatan penting, fikiran itu berubah kepada positif.

“Paling utama bagi saya soal pendapatan untuk meneruskan hidup dalam waktu sukar ini memandangkan ada pekerja yang cuti tanpa gaji dan dibuang kerja.

“Selain itu, jika perkhidmatan kami tidak beroperasi, masyarakat akan berada dalam kesusahan dan alam sekitar akan tercemar,” katanya.

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu mengakui kesusahan bekerja pada waktu genting ini berganda berbanding dulu.

Mohamad Sabrie Mohd Aris, 28

(PRA Unit Pusat Bandar (Sapuan) Batu Pahat)

“Walaupun tak semua orang minat kerjaya ini kerana menganggap kotor, tapi saya bersyukur kerana saya kejar rezeki halal,” luah Mohamad Sabrie.

Dia yang sudah bertugas selama lapan tahun mengakui bimbang terdedah dengan risiko j4ngk1tan namun tetap meneruskan tugasnya dengan baik.

“Bila kena bertugas semasa PKP, keadaan jalan raya agak tenang sebab kurang kenderaan dan mereka yang buang sampah pun kurang.

“Cuma perasaan risau dengan risiko j4ngk1tan w4b4k ini apatah lagi ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang pelitup muka digunakan di jalanan. Disebabkan itu kami sentiasa menjaga diri dengan kerap mencuci tangan semasa bertugas,” katanya.

Mohamad Sabrie berkata, minatnya dengan alam sekitar menyebabkan dia memilih kerjaya ini.

“Saya memang sukakan kerja luar bangunan. Bila saya buat kerja sapu jalan, saya dapat tengok persekitaran dan gelagat orang ramai macam mana. Saya berpuas hati dan bangga kerana dapat bekerja untuk orang ramai.

“Sambil cari kerja halal, saya juga dapat buat amal jariah untuk orang lain dengan memberi mereka udara bersih serta hidup dalam persekitaran sihat” katanya.

Katanya, pihak pengurusan sentiasa menjaga keselamatan pekerja dengan membekalkan pelitup muka, cecair sanitasi dan sarung tangan.

Joanes Ahmad, 39

(PRA Unit Kutipan Sisa Pepejal Rembau)

Biarpun tidak dipuji masyarakat namun saya berbangga kerana bertugas sebagai petugas barisan hadapan dan mampu menyumbang kepada negara ketika diserang pandemik c0v1d-19.

Demikian luahan Joanes ketika ditemubual wartawan yang mengakui teruja ketika ada pihak mengiktiraf mereka sebagai unsung hero.

Joanes yang sudah bekerja selama enam tahun yang juga bapa kepada lima anak itu berkata, aspek keselamatan amat ditekankan sebelum dan selepas memulakan kerja sejak pelaksanaan PKP.

“Seawal jam 7.30 pagi, saya dan rakan setugas berkumpul mendengar sesi taklimat ringkas oleh penyelia.

“Pekerja dibekalkan pelitup muka, cecair sanitasi dan sarung tangan supaya kami selalu menjaga kebersihan diri.

“Kami perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak kem4lang4n dan j4ngk1tan w4b4k c0v1d-19,” katanya.

r0hani Yasin, 53

(PRA Unit Pembersih Pasar di Alor Gajah)

“Risau menjalankan tugas pembersihan di pasar kerana sepanjang tempoh PKP, ia (pasar) tetap ramai seperti hari biasa,” kata r0hani.

Menurutnya, ketika menjalankan tugas langkah berjaga-jaga dititikberatkan kerana pasar awam menjadi lokasi tumpuan orang ramai.

“Sepanjang menjalankan tugas kami mematuhi garis panduan pihak pengurusan bagi melindungi diri daripada j4ngk1tan c0v1d-19.

“Antaranya pemeriksaan suhu badan, pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka serta kerap basuh tangan dan menjaga jarak sosial satu meter ketika bertugas.

“Kalau ada gejala, kami tidak boleh bertugas dan perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan serta kuarantin sendiri di rumah,” katanya.

Menurutnya, walaupun banyak SOP baharu perlu dipatuhi, r0hani yang pernah dinobatkan Anugerah Pekerja Cemerlang 2017 tidak menganggap ia satu beban sebaliknya tetap melaksanakan tugas dengan sempurna.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro