Bagi yang tinggal senegeri dengan keluarga, sudah tentunya mereka berasa gembira kerana boleh kunjung-mengunjung atau istilah lebih tepat ‘balik kampung’.
Ini kerana pergerakan rentas daerah di dalam negeri yang sama masih dibenarkan sepanjang tempoh PKPB termasuklah pada hari raya.
Hakikatnya, rakyat yang diberi kebenaran rentas daerah dan dapat beraya bersama keluarga sebenarnya perlu lebih menghargai kelonggaran yang diberikan.
Kebenaran rentas daerah bukan ‘tiket’ untuk bebas bergembira pada hari raya sekaligus mengabaikan SOP yang telah ditetapkan.
Kawalan kendiri atau disiplin diri perlu menjadi keutamaan bagi memastikan tindakan mereka tidak mendatangkan mudarat yang sekaligus boleh membawa kepada berlakunya penularan jangk1t4n cov1d-19.
Tambahan pula, Menteri Kanan (Kluster k3selamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 18 Mei berkata, p0lis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan kediaman semasa sambutan perayaan bagi memastikan SOP berkaitan ziarah dipatuhi.
Beliau berkata, sekiranya terdapat kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan bagi mengetahui jumlah individu yang berada di dalam kediaman itu.
Kerajaan sebelum ini turut menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi semasa perayaan hanya pada hari pertama sambutan dan terhad kepada 20 orang, bergantung pada saiz kediaman.
TEKNOLOGI SEBAGAI PENGHUBUNG
Rakyat perlu mengelakkan 3S / 3C: iaitu kawasan yang sesak (crowded place), kawasan yang sempit (confined space) dan bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation) serta mengamalkan 3W
Iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan (warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan yang antaranya duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting sahaja.
“Sebenarnya kita boleh menggunakan teknologi yang ada sebagai ‘pengganti diri’ semasa hari raya nanti.
Aplikasi Zoom, Skype, panggilan video Whatsapp dan pelbagai lagi medium untuk kita menyampaikan ucapan hari raya dan memohon maaf.
Kita takut kebolehjangk1t4n berlaku lebih-lebih lagi kepada golongan berisiko seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit kronik dan kanak-kanak yang berusia di bawah dua tahun.
“Jika jangk1t4n berlaku kepada golongan ini maka risiko kem4tian juga akan meningkat yang sekaligus akan menjejaskan usaha KKM dan kerajaan serta rekod pencapaian terbaik negara dalam mengekang pandemik ini,” katanya sambil menambah kegagalan mengawal perlakuan bersalam termasuk mencium pipi ketika bertemu semasa hari raya secara autom4tik akan membawa kepada kontak rapat, sekiranya dijangkiti sekaligus pertambahan k3s cov1d-19 di Malaysia.
Tidak Dapat Balik Semula ke Rumah
Memasuki hari kedua bulan Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagi mengekang penularan w4b4k COV19, kerajaan sebenarnya memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Antaranya terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan.
Meskipun ada segelintir golongan degil enggan mematuhi SOP dengan mencuba nasib merentas negeri untuk pulang ke kampung.
Namun sebilangan besar masyarakat di negara ini dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu sambutan perayaan itu tahun ini.
p0lis ada cara bertindak terhadap yang bolos
ANGGOTA p0lis dan tentera memeriksa permit kebenaran rentas negeri dalam pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). NSTP | Danial Saad
p0lis ada pelbagai pendekatan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bolos untuk balik kampung menyambut Aidilfitri walaupun berjaya melepasi sekatan jalan raya.
Timbalan Ketua p0lis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata justeru, orang ramai diminta tidak mengambil mudah mengenai perkara itu.
“Walaupun dapat melepasi pemeriksaan SJR sehingga ke destinasi dituju, p0lis ada pendekatan tertentu untuk mengatasi perkara itu.
“Awas dan jangan ambil mudah perkara ini kerana kami akan melaksanakan tugas walaupun pendekatan diambil mungkin tidak digemari masyarakat kerana pihak p0lis terpaksa melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan di Plaza Tol Jalan Duta menghala ke utara, di sini, sabtu lalu.
Jalan Ke Kuala Lumpur Ditutup Dari Utara
Tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan penutupan jalan yang menghala ke selatan dari utara.
Gambar tersebut dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Kamarul Zaman MJ. Beliau memuat naik gambar gambar tersebut di group Facebook to Penduduk Alor Setar / Jitra (PASJ). Hasil perkongsian tersebut mendapat lebih dari 2700 perkongsian.
*Untuk makluman, susur ke arah Selatan (Ipoh/KL) dari Plaza Tol Alor Pongsu telah ditutup sepenuhnya.
Hanya ke arah Utara (Kedah/Penang/Perlis) sahaja dibuka. Moga bermanfaat.*
Kerja Kerja Penutupan Jalan Sedang Dijalankan
Setakat ini tiada sumber rasmi dari pihak berkuasa mengenai penutupan jalan tetapi jika difikir secara logik memang ini salah satu cara untuk menahan sesiapa yang berjaya bolos rentas negeri untuk sambutan Hari Raya.
Jika anda tiada surat kebenaran dari pihak PDRM, tindakan akan diambil.
Jadi pada yang berjaya bolos selamat berjaya untuk pulang ke rumah. Harap cukup lah duit dalam dompet untuk bayar kompaun jika anda rentas negeri tanpa kebenaran.
Pihak berkuasa telah pesan berpuluh kali untuk tidak rentas negeri ketika Hari Raya.
Kredit: Artikel By – Tea Oh Ice Media
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Lamanmaya