Digembar-Gemburkan Erra Fazira Kilang Ketiga, Ini Penjelasan Norman Hakim

Pelakon dan pengacara Norman Hakim akui tidak menyangka gurauannya mengenai dakwaan Erra Fazira bakal jadi calon isterinya menjadi perhatian netizen.

Menurut Norman, apa yang ditulis di dalam satu entri di akaun Instagram miliknya itu hanya gurauan.

“Itu hanyalah ‘gurau warna warni Aidilfitri’ sahaja. Tidak lebih dari itu,” jelasnya ringkas kepada Astro Gempak.

Norman diminta memberi kenyataan untuk menjelaskan mengenai maksud ‘kilang ketiga’ yang dikaitkan dengan pelakon Erra.

Kenyataan Norman itu telah menimbulkan kemarahan rata-rata netizen yang merasakan perkataan ‘kilang’ itu tidak sesuai digunakan untuk isteri.

Namun tidak kurang juga akui memahami maksud gurauan Norman itu.

Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemdian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan kedua itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim,  Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dia ke ‘kilang ke-3’ yg mummy @memeysuhaiza & mama @abby_abadi112 selalu gembar gemburkan tu?🧐Korang rasa? . . Hmmm..🤔Kita ‘keep in view’ (k.i.v) dulu la ‘content’ nih.Nanti kalau tiga2 ‘kilang’ ni berjumpa & berkumpul,baru kita sambung balik ‘topik’ perbincangan k!🤪 . . Cuma kalau ada yg rindu utk tengok kitaorang ( me & @errafazira ) beraksi bersama..jeng..jeng..!!In shaa Allah kitaorang akan kembali semula bermula esok setelah hampir 2 bulan berehat, istimewa dalam @mingguanwanita TV SIARAN KHAS AIDILFITRI sempena Syawal Ke-3 (swipe) Selasa 26 Mei jam 12 tengahari di Astro Prima 105/125 .Topiknya? mmm…saya ‘pantun’kan kejap…ehemm . . Syawal meriah walau di rumah, Mingguan Wanita menjadi peneman, Erra dan Norman ceria dan ramah, Soal ‘Kasih Sayang’ topik bualan 🕺 . . #MingguanWanitaRaya #astroprima

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak