“Betullah Apa Ayah Cakap…” – Hidayah Rakam Gambar Raya Hamzah Di Lokasi Sama Arwah Abam Pernah Ambil Ketika Anaknya Dalam Kandungan

Balu pelawak Allahyarham Abam Bochey, Siti Nurhidayah Mohd. Ali berkongsi gambar kenangan bersama anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sempena kedatangan lebaran kali ini.

Apa yang menariknya, menurut Hidayah, gambar itu dirakam di lokasi sama ketika dia menyambut Aidilfitri bersama arwah suaminya pada tahun lalu.

Lebih menyentuh hati kata Hidayah, sewaktu hayatnya, Abam sendiri pernah memaklumkan kepada Hidayah bahawa tahun ini merupakan giliran anaknya pula mengambil gambar di lokasi sama bersamanya.

“Kenangan yang tak dapat dilupakan. Tahun lepas, Hamzah masih dalam perut ibu. Ibu bergambar dengan ayah di pemandangan sawah padi. Masa ni ayah cakap, tahun depan Hamzah pula bergambar dekat pemandangan sawah padi ni.

“Ayah, harini ibu bawak Hamzah bergambar di pemandangan sawah padi yang ayah dan ibu pernah bergambar tahun lepas. Betullah apa ayah cakap, tahun ni Hamzah pula bergambar.

“Semoga abang tenang disana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Kenangan sampai syurga. Al-fatihah buatmu suamiku tersayang,” coretnya menerusi satu entri di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenangan yang tak dapat dilupa kan 😢 Tahun lepas, Hamzah masih dalam perut ibu. Ibu bergambar dengan ayah di pemandangan sawah padi. Masa ni ayah cakap, tahun depan Hamzah pulak bergambar dekat pemandangan sawah padi ni. Ayah, harini ibu bawak Hamzah bergambar di pemandangan sawah padi yang ayah dan ibu pernah bergambar tahun lepas. Betul lah apa ayah cakap, tahun ni Hamzah pula bergambar. Semoga abang tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Kenangan sampai syurga ❤️ Al-fatihah buatmu suamiku tersayang 😔 #syeduthmanhamzah #syedumarmokhtar #kenanganterindah #kitabaikramaisayang #allahada #jangansibukhalorang #biarorgbuatkitajgnkitabuatorg

A post shared by I🇲🇾SYED UTHMAN HAMZAH🇲🇾 (@abam_bocik) on

Gambar tersebut dimuat naik di akaun Instagram arwah suaminya selepas berjaya mendapatkan akses semula selepas berjaya diperoleh apabila digodam sebelum ini.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata terus memberikan kata-kata semangat dan sokongan untuk Hidayah terus tabah membesarkan zuriat hasil peninggalan suaminya itu.

Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan anak pada Jun 2019.

Bagaimanapun, pelawak itu meninggal dunia pada 10 Februari lalu iaitu ketika anaknya, Hamzah baru berusia 8 bulan.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak