Ibu kepada pelakon Fazreen Rafi, allahy4rh4m Sutinah binti Sahari men1ngg4l dunia pada pukul 4:44 petang tadi bersamaan 5 Syawal.
Perkara tersebut dikongsi oleh Fazreen atau lebih dikenali sebagai Fazren di Instagram dan Facebook milik beliau.
“Assalamualaikum. Untuk makluman mak saya Sutinah binti Sahari (Cik Tin) telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 4:44 petang selepas azan Asar.
“Insya-Allah akan dikebumikan selepas Isy4k,” tulis Fazren ringkas di Instagram dan Facebooknya.
Fazren tidak berkongsi punca pemergian ibunya yang tersayang, juga di mana allahy4rh4m bakal dikebumikan.
Gambar kenangan Fazren bersama isteri, nenek dan arw4h ibu.
Gempak cuba menghubungi Fazren untuk mendapat maklumat lanjut tetapi mungkin atas urusan pengkebumian, tiada jawapan daripada Fazren.
Pelakon yang mula dikenali dengan Drama bersiri Spa Q tersebut berkahwin dengan Syarifah Marlina pada tahun 2011 dan mempunyai empat orang cahaya mata.
Salam takziah daripada kami kepada Fazren, ahli keluarga dan sahabat handai.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak