“Covid-19: Jangan jadi anak ‘Nak4l'”- Jika Bilangan ‘anak yang Nak4l’ Ini Terlalu Ramai, Kerajaan Akan Menghadapi Masal4h Untuk Memutvskan Rantaian Covid-19.

SEMALAM, genap seminggu tiada kem4tian direkodkan untuk kes c0v1d-19 di negara ini, manakala jumlah pes4kit sembuh pula mencatatkan hampir sembilan kali ganda berbanding 10 kes positif baharu v1rus itu.

Ia angka yang terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan sekali gus menjadi petunjuk langkah yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini berada di landasan yang tepat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada masa yang sama trend penul4ran c0v1d-19 dalam kalangan masyarakat setempat juga didapati semakin berkurangan.

Dalam hal ini, selain kepada petugas barisan hadapan yang tidak jemu memerah keringat dan berkorban masa, sekalung penghargaan juga harus diberikan kepada rakyat di negara ini yang patuh kepada nasihat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Tanpa kerjasama dan pematuhan ini, perkara ini tidak mungkin dapat dicapai.

Walaupun tidak dinafikan ada segelintir rakyat yang degil dengan melanggar SOP PKPB yang ditetapkan, ibarat sebuah keluarga, kadangkala ada anak yang taat pada orang tua, kadangkala ada anak yang ‘nakal’ menyebabkan mereka terpaksa dihukvm untuk memberikan pengajaran.

Jika bilangan ‘anak yang nakal’ ini terlalu ramai, tentu kerajaan akan menghadapi masalah untuk memutuskan rantaian c0v1d-19.

Lihat sahaja keadaan yang berlaku di negara jiran, Indonesia apabila barisan petugas kesihatan kini mula berputus asa kerana semakin ramai rakyat tidak mengendahkan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia sejak 15 Mac lalu.

Ia menyebabkan bilangan kes positif c0v1d-19 setakat ini telah melebihi 23,000.

Tanda pagar #Indonesiaterserah juga menjadi sohor kini (trending) di media sosial dengan warganet Indonesia memberi komen, sindiran, dan menggunakan ‘meme’ sebagai tanda tidak puas hati kepada mereka yang tidak endah kepada arahan PSBB.

Sudah tentu kita tidak ingin perkara ini terjadi di negara kita, seperti kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pematuhan PKPB oleh masyarakat akan meringankan beban tugas petugas barisan hadapan dan ia penting untuk kerajaan merangka ‘exit plan’ sebelum PKPB ditamatkan.

Bah4ya individu tak peduli 4ncam4n Covid-19

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak pernah berlaku di negara ini menyaksikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertungkus lumus untuk memastikan semua rakyat negara ini mematuhi arahan yang dikuatkuasakan sejak hampir sebulan lalu.

Setakat ini, lebih 7,000 individu ditangkap kerana melanggar perintah tersebut yang bertujuan menghalang penyebaran wabak Covid-19 yang kini menjangkiti lebih 4,400 rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pelbagai ragam dan alasan diberikan oleh golongan ingkar PKP tersebut semata-mata kerana enggan duduk di rumah.

Ada segelintir rakyat menganggap perbuatan kerap keluar rumah sebagai ‘macho’ terutama bagi anak muda yang tidak peduli tentang bahaya pandemik tersebut kepada diri dan keluarga mereka.

Dalam wawancara bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin dan Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa di pejabat Sinar Harian, Shah Alam baru-baru ini, Abdul Hamid turut menjelaskan mengenai kesiapsiagaan pihak polis jika PKP yang akan memasuki fasa ketiga minggu hadapan dilanjutkan untuk tempoh yang lebih lama lagi.

Setakat hari ini bagaimana perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adakah Tan Sri berpuas hati dengan pematuhan orang ramai?

ABDUL HAMID: Saya amat berpuas hati dengan tahap pematuhan orang ramai. Saya nampak ada kesan. Orang ramai yang duduk di rumah begitu memberikan sokongan kepada usaha untuk mengetatkan lagi kawalan pergerakan ini. Saya sentiasa menghargai kesabaran orang ramai yang terus patuh. Bagi segelintir yang masih berdegil, sudah banyak kali saya katakan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga.

Apakah masalah segelintir orang yang masih tidak mahu mematuhi PKP?

Pertama, dia ingat kalau dapat menipu dan keluar rumah itu adalah perbuatan yang ‘macho’. Maknanya dia dapat keluar, orang lain berkurung, saya rasa begitulah sikap golongan muda ini. Bagi golongan 18 tahun ke bawah, saya rasa mereka tidak peduli. Mereka tidak memahami bahaya dihadapi dan bahaya yang dia bawa kepada orang lain.

Sebab itu, saya menyeru kepada ibu bapa supaya sentiasa pantau anak-anak, jangan benarkan mereka keluar. Saya rasa lima peratus daripada lebih 7,000 individu yang ditangkap (kerana melanggar PKP) adalah di bawah umur 18 tahun.

Jadi, saya minta ibu bapa sentiasa perhatikan pergerakan anak mereka. Bagi pihak polis, apabila kita mendapati golongan ini berkeliaran, naik motosikal berdua, menghisap rokok di taman permainan atau tepi padang, mereka pasti akan ditangkap kerana melanggar undang-undang.

Kalau boleh, kita tidak mahu tangkap, tetapi disebabkan mereka sudah melanggar arahan, kita terpaksa tahan. Akibatnya, ada antara mereka kena penjara atau denda, atau bayar kompaun, bukankah mereka sendiri yang rugi?

Kemudian, ada satu kelompok lagi agaknya tidak sabar. Walaupun pagi sudah keluar, tengah hari dan petang mereka hendak keluar sekali lagi, begitu juga malam. Macam-macam alasan diberi, misalnya hendak isi minyak kereta sedangkan mereka boleh isi sekali saja dalam masa tiga atau empat hari, takkanlah hari-hari hendak isi minyak kereta.

Siapakah 7,000 orang yang ditangkap ini, apakah latar belakang mereka?

Kita ada data. Antara mereka ialah buruh dan pekerja kilang. Pegawai kerajaan ada 18 orang, anggota polis dua orang. Ada yang berkaraoke, bukan di rumah tapi di pusat karaoke. Dia buka khusus untuk kawan-kawan, mereka berlima dalam pusat karaoke tersebut, sebab itu kita tangkap. Kalau tak ditangkap, mereka akan menjadi satu contoh yang tidak baik.

sumber : SinarHarian

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro