Seorang insan yang bergelar menantu sudah pasti menginginkan hubungan yang baik bersama mertua terutamanya jika sudah lama mendirikan rumah tangga.
Hubungan yang baik haruslah dijaga kerana ibu atau ayah mertua harus dianggap seperti ibu dan ayah kandung sendiri.
Tetapi, menantu mana yang tidak kecewa apabila ada mertua yang tidak senang dengan menantunya sendiri.
Hal tersebut diluahkan oleh seorang individu melalui Kisah Rumah Tangga.
Salam krt. Masa raya pertama saya ada kirim tapau lemang, ketupat, rendang, ayam masak kurma ke rumah mil (mother in law).
Satu malam saya masak menu tu sampai tak tdo dan berpeluh sebab nak ambil hati mak. Mak ada whatsap terima kasih dan mak cakap sedap tapi. Tiba2 biras send ke whatsap saya gambar2 makanan tu semua mil buang sebab mil cakap risau saya kirim korona sekali.
Allhuakbar mak.
Sejak pkp haritu sampai sekarang saya duduk rumah je mak. Benci betul mak pada menantu yang suri rumah ni berbanding2 biras2 lain yang semua bekerjaya.
Saya beli bahan2 tu pakai duit saya sendiri hasil jualan online. Bukan pakai duit suami. Mak asyik ingat saya habiskan duit anak mak. Saya pun ada income tapi saya taknak heboh kat org mak.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Kisah Rumah Tangga/Rimbabara Media Network