“Penantian yang dinantikan oleh rakyat jelata” – Azar Azmi

Belumpun setahun bergelar duda, pelakon, Fizo Omar dikaitkan menjalinkan hubungan istimewa dengan Azar Azmi apabila kelihatan sering bersama.

Spekulasi hubungan Fizo dan Azar mula diperkatakan apabila dipertemukan menerusi drama Maaf Tak Indah, selain kerap bersama menghasilkan video yang dimuat naik dalam laman YouTube, sejak akhir-akhir ini.

Fizo berkata, dia mengenali Azar ketika menjalani penggambaran drama Maaf Tak Indah. Sebelum ini, mereka tidak pernah bertentang mata.

“Jujurnya, saya tak tahu Azar bertunang mahupun putus tunang.

“Kalau nak tuduh saya menjadi punca ikatan pertunangan Azar dan bekas tunang terlerai, tidak adil. Setahu saya, Azar putus tunang sebelum kami digandingkan dalam drama Maaf Tak Indah.

“Jadi, tidak mungkin saya menjadi orang ketiga dalam perpisahan mereka. Kali pertama saya bertemu Azar ketika penggambaran drama, kami rapat pun ketika berlakon bersama,” katanya kepada BH Online.

Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar berkata, dia dan Azar langsung tidak berhubung selepas selesai penggambaran drama Maaf Tak Indah.

“Kami tak sempat pun bertukar nombor telefon. Bagaimanapun, kami bertemu semula selepas diperlvk4n membuat ulasan makanan untuk laman sosial. Dari situ, kami mula dilihat rapat.

“Saya juga mengundang Azar muncul dalam saluran YouTube saya. Secara kebetulan, Azar baru hendak melancarkan salurannya sendiri. Jadi, tidak salah rasanya kami buat penggambaran bersama,” katanya.

Pelakon drama Bukan Cinta Aku dan Adellea Sofea itu berkata, dia selesa berkawan dengan Azar.

“Azar berper4ngai gila-gila. Sesiapapun selesa berkawan dengannya. Bagaimanapun, setakat ini, masih jauh untuk mentafsirkan hubungan kami.

“Apa yang boleh dikatakan, kami bukan bercinta, tetapi hanya berkawan. Lagipun, saya belum terfikir melangkah ke alam perkahwinan lagi kerana banyak kerja yang perlu diberikan keutamaan.

“Pada usia sekarang, perasaan mahu bercinta tidak sama seperti zaman muda dahulu,” katanya.

Jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia tak pernah serik mahu berkahwin lagi.

“Keinginan berkahwin memang ada. Saya berkahwin bukan kerana mencari wanita menjaga makan minum, tetapi saya inginkan keberkatan hidup.

“Saya percaya kunci kejayaan perniagaan datangnya daripada isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang suami. Saya percaya pada jodoh, tetapi ia tidak semestinya perlu bercinta beriya-iya.

“Ada kala, bercinta bagai nak rak, tetapi perhubungan tidak menjadi. Jadi, saya enggan terburu-buru mencari pasangan hidup,” katanya.

Fizo berkata, dia tak letak sebarang syarat untuk cari pasangan.

“Bagi saya, asalkan kami serasi, itu cukup memadai. Mengenai anak Wan Maryam, tentunya saya ingin berkongsi hidup dengan wanita yang menerima anak saya dengan baik,” katanya.

Terbaru Azar Azmi berkongsi video di instagram bersama Fizo Omar tarik perhatian netizen

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

📣🔔📣🔔📣🔔📣🔔📣🔔📣 Jeng jeng jeng, penantian yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata 😂🤣 . Follow mek ja on YouTube Channel Azar Azmi . Cukup 15k, mek ja uplode next video mek ja dengan Abe Joe 🥳 . . . . #moistureglowessence natural organic⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ @snowybyazarazmi⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Safe NOT200205112K⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ACTIVA SANITIZER⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 70% MEDICAL ALCOHOL⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ +60133662616⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ @snowybyazarazmi⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ @thecookiegraphy⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ @pristine_imprint .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ #incess #azarazmi #kautungguakudatang #donthatespreadlove #moistureglowessence #juitaikattepi #encikterimakasih #freshorangeikattepi #azarazmicosmetics #aliseyebrowscushion #snowyinstantwhite #snowybyazarazmi #juitajuice #juitaikattepi #duatakdircinta #maaftakindah #thecookiegraphy #pristineimprint #syahrini #incesssyahrini

A post shared by ABOS (@azarazmi) on

KOMEN NETIZEN

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH | Instagram Azar Azmi