Perancangan Untuk Bawa Hubung4n Dengan Intan Ladyana Ke Peringkat Lebih Ser1us? Ini Jawapan Harris Alif

Pelakon, pengacara dan penyanyi remaja, Harris Alif, 21, masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan cintanya dengan aktres Intan Ladyana, 38, ke peringkat yang lebih serius.

Mengakui sedang rapat dengan Intan, Harris sudah menyulam cinta dengan bintang filem Jangan Pandang Belakang itu semenjak beberapa bulan lalu.

“Perancangan untuk ke next step dalam masa terdekat ni? Belum ada lagi. Rasanya masih awal lagi untuk memperkatakan mengenai perkara terbabit.

“Kita semua pun masih berada dalam ‘mood’ Raya dan setakat ini, tiada sebarang perancangan.

“Buat masa ini, kita sama-sama ‘looking forward’ untuk kembali bekerja memandangkan sudah lama bercuti akibat Perintah Kawalan Pergerakan semenjak Mac lalu,” kata Harris ketika dihubungi Gempak.

Juara Idola Kecil 3 ini mula dikhabarkan sedang menyulam hubungan cinta dengan aktres itu selepas memuat naik foto mengenakan pakaian raya sedondon bersama Intan di laman sosial Instagram miliknya.

Mengakui perkara terbabit, Harris mendedahkan dia terpikat dengan Intan yang mempunyai keperibadian baik.

Dalam perkembangan terbaru, Harris kini aktif mengacarakan program hiburan MPop!.

“Setakat ini saya aktif mengacara dan perancangan lain dalam dunia seni terpaksa ditangguh dahulu kerana penul4ran w4b4k c0v1d-19.

“Saya sendiri tak tahu bila akan kembali mula bekerja tetapi saya berharap agar pandemik ini akan segera berlalu dan semua orang terus mengekalkan keselamatan masing-masing,” katanya lagi.

Beza umur 17 tahun, Harris Alif & Intan Ladyana Sedang dilamun cinta

Penyanyi dan pelakon, Harris Alif mencvri tumpuan netizen apabila dia did4kwa sedang menj4lin hubungan cinta dengan pelakon, Intan Ladyana. Harris dipercayai kerap memuat naik foto mereka bersama di akaun Instagram miliknya.

Terbaru, pelakon Geng Bas Sekolah tersebut memuat naik foto mengenakan pakaian raya sedondon bersama Intan sehingga mengund4ng pelbagai teka-teki ramai peminat.

2nd raya with

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2nd raya wit 🤍

A post shared by @ harrisalif on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

best part

A post shared by @ harrisalif on

Terdahulu, spekul4si mengenai hubungan di antara kedua-dua mereka telah bermula pada awal Mei lalu apabila Harris telah memuat naik foto bersama Intan dengan kapsyen ‘best part’. Namun, posting terbarunya semalam ternyata menerima pelbagai re4ksi daripada peminat mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak