“Rambut budak tebing tu…”- Style raya Aedy Ashraf cvri tumpuan warganet

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon berusia 26 tahun ini dimana Aedy Ashraf berjaya menempa nama dalam industri hiburan tanah air sejak kecil lagi dengan menjadi pelakon kanak-kanak.

Aedy Ashraf atau nama sebenarnya Mohammed Zaedy Ashraf sudah membintangi puluhan drama dan ternyata, dia telah mewarisi bakat lakonan daripada ibunya yang juga merupakan seorang pelakon legend iaitu Liza Zain.

Pun begitu, ternyata setelah Aedy Ashraf berkongsikan di Instagram miliknya foto-foto disaat menyambut hari raya bersama ibunya itu, ada juga yang baru mengetahui bahawa dia merupakan anak kepada pelakon berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sampai syurga . #coveidmubarak

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on

Jadi tidak mustahillah, lakonan pelakon kacak ini sering mendapat perhatian dan pujian penonton malah lakonannya dalam Tentang Bulan sehingga sekarang masih memberikan impak kepadanya dalam bidang seni tanah air.

Dalam menyambut hari raya beberapa hari lalu, dia juga menerusi Instagram mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya buat semua dimana dia juga cukup terkenal menerusi laman sosial berkenaan dan sehingga kini telah mempunyai hampir 700,000 followers.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat hari raya semua 🙏🏻

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on

Walau bagaimanapun, setelah membintangi drama trending berjudul Budak Tebing sebagai watak bernama Tongki yang berakhir pada awal April lalu ternyata melonjakkan lagi namanya sebagai pelakon.

Malah, dia yang sering menjadi perhatian anak-anak muda dalam mengenakan pelbagai style rambut turut membuatkan gayanya ketika hari raya itu juga mencuri tumpuan warganet.

Sehingga ada yang tertarik dengan gaya rambutnya itu yang dikatakan seperti wataknya dalam drama Budak Tebing dan dalam pada masa yang sama, perkongsian foto-foto tersebut turut meraih ribuan tanda suka.

Reaksi warganet diruangan komen

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL