Demi kesihatan nenek, Neelofa sanggup tak balik Kelantan

KIAN meniti puncak, figura berhijab yang memiliki tahi lalat manis pada dagu ini sememangnya bukan calang-calang orangnya.

Sejak dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2009/2010 anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Media Karangkraf, empunya diri bernama Noor Neelofa Mohd Noor ini tidak lagi menoleh ke belakang.

Mesra disapa dengan nama Neelofa, wanita itu terus menyusun langkah di persada seni tanah air. Paling mengujakan, graf kariernya menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Daripada seorang model, beliau beralih kepada dunia lakonan, pengacaraan dan perniagaan sehinggalah menjadi wajah kempen serta duta produk.

Sesungguhnya kejayaan dan populariti yang diraihnya dalam tempoh sedekad ini tidak datang bergolek, sebaliknya berbekalkan usaha sedikit demi sedikit tanpa mengenal erti jemu.

Tidak hairanlah wanita yang bakal menginjak usia 31 tahun itu bukan sahaja menjadi rebutan pelbagai produksi dan jenama produk di negara ini, bahkan menjadi perhatian di peringkat antarabangsa.

Buktinya, lihat sahaja kecemerlangan portfolio Neelofa pada tahun lalu apabila dijemput menghadiri pertunjukan fesyen berskala besar di New York, Amerika Syarikat; Paris, Perancis dan Monaco di Itali.

Pada acara berprestij tersebut, bekas pengacara Meletop terbabit turut bertemu secara empat mata bersama pereka fesyen terkemuka dunia, Tommy Hilfiger dan model hijab, Halima Aden.

Jalinan persahabatan Neelofa dengan orang kuat di sebalik jenama gah fesyen antarabangsa bukan setakat itu.

Terbaharu, pada bulan Ramadan lalu beliau berpeluang menjalani rakaman video siaran langsung bersama pereka kasut terkenal, Giuseppe Zanotti bagi membincangkan perihal fesyen.

Apatah lagi pada ketika itu Neelofa sedang memanfaatkan masanya di rumah dek mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan pandemik c0v1d-19.

Meskipun aktif mencipta nama di luar negara dan kini bergelar usahawan berjaya, situasi terbabit sedikit pun tidak mengubah kehidupan pengasas jenama Naelofar Hijab berkenaan.

Apa sahaja perkara yang berkait rapat dengan keluarga nampaknya Neelofa tiada timbang tara. Famili tetap menjadi keutamaannya.

Lazimnya apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri, dua atau tiga hari sebelum raya, pelakon filem Azura tersebut sudah pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan untuk melakukan persiapan.

Ahli keluarga ramai

“Walau apa pun, saya tetap memilih beraya bersama keluarga di kampung berbanding bercuti di luar negara. Lagipun sejak kecil sehingga dewasa, kotak memori Aidilfitri saya hanya di sana (kampung).

“Sejujurnya, saya belum pernah meraikan 1 Syawal di luar Kelantan kerana saban tahun rutin kami sekeluarga dan sepupu terdekat akan berkumpul di rumah arw4h datuk dan nenek.

“Bilangan ahli keluarga kami ramai iaitu mencecah 50 orang. Bayangkan bila semua berkumpul di dalam sebuah rumah, riuh-rendah jadinya. Paling menyeronokkan aktiviti mengemas dan memasak dilakukan bersama,“ katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Pun begitu, kemeriahan raya di kampung seperti kebiasaan tidak dapat dinikm4ti pada tahun ini susulan PKPB yang tidak membenarkan rakyat merentas negeri.

neelofa
NEELOFA (kiri, belakang) bersyukur kerana masih berpeluang meraikan hari raya bersama keluarga dan sepupu walaupun berada di Kuala Lumpur.

Arahan berkenaan adalah untuk memerangi v1rus c0v1d-19 yang boleh mer4gut nyawa khususnya dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai sejarah peny4kit kronik.

Biarpun perit untuk ditelan dan merindui nenda tersayang, namun hati kecilnya percaya bahawa aturan ALLAH itu menyimpan 1,001 hikmah di sebaliknya.

“Seperti orang lain, demi kesejahteraan bersama terutamanya kesihatan nenek di kampung, maka saya sekeluarga dan sepupu yang menetap di Kuala Lumpur akur dengan arahan kerajaan.

“Jika semua rakyat mematuhi peraturan dan kekal beraya di mana lokasi kita berada insya-ALLAH w4b4k c0v1d-19 dapat diatasi dengan segera.

neelofa
NEELOFA memendam rindu kerana tidak berpeluang meraikan lebaran bersama neneknya, Bibi Khoteja Yusof di Pasir Mas, Kelantan pada tahun ini.

“Kenapa perlu curi-curi rentas negeri? Tanpa disedari tindakan sedemikian boleh membawa implikasi burvk kepada kondisi kesihatan nenek, datuk ataupun warga emas di kampung,“ ujar Neelofa yang wajib menikm4ti juadah raya nasi dagang, ayam kuzi dan laksam.

Pengertian Syawal

Ditebak soalan tentang pengalamannya meraikan lebaran di ibu kota, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah itu menzahirkan pandangan peribadi.

Tutur Neelofa, dalam situasi pandemik hari ini, lokasi bukanlah satu keutamaan. Selagi dikelilingi famili, semangat raya akan sentiasa dirasai tidak kira di mana jua berada.

“Tidak dinafikan, penul4ran v1rus c0v1d-19 menjejaskan pergerakan harian individu, sektor pekerjaan dan ekonomi negara.

“Bagaimanapun, apabila disarankan supaya duduk di rumah sejak PKP dilaksanakan, putaran hidup saya berubah menjadi lebih positif dan terisi terutamanya sepanjang Ramadan dan Syawal kali ini.

“Alhamdulillah, jika tahun sebelum ini jadual kerja pada bulan puasa terlalu padat, namun dek PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) saya mempunyai banyak masa untuk membaca buku, mengaji al-Quran dan menunaikan solat sunat serta bertarawih bersama keluarga,“ katanya.

Percaya apa yang berlaku ada hikmahnya, momen istimewa itu dirasakan menyebabkan hatinya semakin tenang.

Secara tidak langsung, ia turut mendorongnya bermuhasabah diri mengkaji kembali pengertian sebenar Syawal. Itu penjelasan beliau yang sentiasa merindui pengalaman raya bersama arw4h datuknya, Noor Mohamed yang men1ngg4l dunia dua tahun lalu.

Tambah Neelofa, baginya hari raya bukan untuk masing-masing menayang busana siapa yang lebih glamor dan bukan juga sesi berseronok sehingga terlupa definisi asal kehadiran Syawal.

“Realitinya, Aidilfitri adalah detik istimewa untuk umat Islam meraikan kemenangan selepas menjalani ibadah puasa selama sebulan.

“Pada masa sama, hari raya juga mendidik saya menjadi insan yang lebih baik daripada semalam dan bertambah baik pada masa akan datang, insya-ALLAH.

“Segala ibadah dan kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadan seharusnya diteruskan sekali gus dipertingkatkan hari demi hari,“ katanya sebelum menamatkan bicara.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar Harian