Berita Gembira Kepada Golongan Bujang, Ini Kata Kata Ismail Sabri Membuatkan Ramai Tersenyum Lebar

Memahami keluhan orang bujang yang mengharapkan pelepasan diberikan kepada mereka untuk pulang ke kampung halaman, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob meminta mereka memberi sedikit masa kepada kerajaan.

Katanya, perkara itu telah pun dibangkitkan dalam mesyuarat khas menteri-menteri, bagi membincangkan beberapa kelonggaran pulang ke kampung buat golongan bujang.

“Saya pun bersimpati. Saya pun pernah bujang, setiap minggu kalau boleh nak jumpa arw4h mak saya. Tentu kita rindu beberapa bulan tak jumpa. Saya faham.

“Yang bujang, yang rinduk4n kampung halaman ini, beri masa kepada kita untuk kita bincangkan bila boleh mereka mulakan perjalanan ini.

“Insya-Allah ,kita takkan tutup pintu untuk mereka selama-lamanya. Insya-Allah kita akan beri peluang juga. Beri kita masa untuk bincang dulu ya,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Perjalanan rentas negeri dil4rang sama sekali sejak lebih dua bulan lalu, iaitu sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac.

Ini termasuklah perjalanan rentas negeri bagi tujuan menyambut hari perayaan di kampung halaman, seperti Hari Raya Puasa pada 26 Mei lalu, dan Hari Gawai hari ini.

Bagaimanapun, beberapa pengecualian diberikan buat k3s-k3s tertentu, antaranya terkandas di kampung akibat PKP, pelajar yang terkandas di kampus dan sebagainya.

Semalam, Ismail turut mengumumkan lar4ngan perjalanan rentas negeri ditarik balik untuk urusan kerja, perubatan, kecemasan, serta untuk pasangan suami isteri yang terpisah kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kelonggaran itu berkuat kuasa esok.

Setakat ini, PKP bersyarat (PKPB) dijadualkan tamat 9 Jun nanti.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : rentasasia via http://www.lm.vvip.blog/