KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara kini di sebalik pandemik c0v1d-19.
Menerusi entri di laman Facebooknya, beliau yang terkenal dengan panggilan Ustaz Kazim menzahirkan rasa sed1h dengan apa yang sedang berlaku dalam negara.
“w4b4k yang dok ada belum ada penawar, datang pula satu lagi w4b4k, w4b4k kemaruk kuasa.
“Yang ini mungkin tiada penawar buat selama-lamanya melainkan kem4tian,” tulis beliau dalam catatan tersebut.
Katanya lagi, ketika negara sedang berper4ng mengekang penyebaran v1rus pembunuh itu, sewajarnya ahli politik berganding bahu bekerjasama membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi negara.
Namun, katanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Beliau membayangkan semua ahli politik yang terlibat hanya mementingkan kuasa dari kesejahteraan dan keharmonian negara.
“Ingatkan dalam menghadapi c0v1d-19 ni kita boleh bersatu tanpa mengira latar belakang politik, fahaman dan sebagainya. “Bekerjasama semua supaya c0v1d-19 dapat diselesaikan, membantu rakyat yang terbeban dengan w4b4k ini, membangunkan semula ekonomi dan sebagainya.
“Rupa-rupanya tidak, orang politik tidak mengenal w4b4k itu semua. Ada yang lebih penting daripada itu, semak jadinya. sed1h terasa di hati. Apa nak jadi ni?” soalnya.
Sumber Facebook ustazmohdkazim
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Astro Awani