SHAH ALAM – Setelah pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap kebenaran merentas negeri buat pasangan suami isteri yang berjauhan bermula 1 Jun ini, individu yang masih bujang pula menyatakan pendapat mereka.
Tidak mahu kerajaan melupakan mereka, netizen dikenali sebagai Abdullah Rasyidi menyatakan bagaimana pula dengan peluang orang bujang untuk merentas negeri.
“Datuk tak kan la suami isteri yang perhubungan jarak jauh sahaja dibenarkan.
“Ada juga yang bujang sudah lama tak jumpa ibu bapa mereka, ada juga anak nak jenguk ibu bapa dia yang uzur atau terlantar sakit di kampung.
“Bagilah, pelepasan rentas negeri seperti biasa tetapi dengan syarat ada prosedur operasi standard (SOP). Tolong Datuk, dengar keluhan rakyat ni,” luahnya di ruang komen akaun Facebook Sinar Harian.
Kenyataan itu juga disokong oleh Mohd Azuhan dengan memberitahu, dirinya berharap kerajaan memahami tanggungjawab individu yang masih bujang terhadap ahli keluarga di kampung.
“Saya pun kurang pasti, kenapa la susah sangat hendak benarkan orang bujang rentas negeri,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Fadhil juga memberi cadangan kepada kerajaan agar membenarkan orang bujang pulang ke kampung selama tiga hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Selain itu, Jamil Ramly berkongsi dirinya sudah tiga bulan tidak bertemu ibunya di kampung.
“Saya sokong dah nak masuk tiga bulan ni tak jumpa mak. Bagi lah sikit ihsan kepada yang bujang,” katanya.
Noor Suhada Arifin pula berkata: “Kesian menteri ni, jenuh fikir untuk rakyat., nak bagi adil, semoga Datuk diberi kesihatan yang baik. Selamat Hari Raya.”
Terdahulu, Ismail dalam sidang media harian semalam juga menjelaskan perjalanan merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi urusan kerja dan kes kecemasan seperti kem4tian atau perubatan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar Harian