MESKIPUN Aidilfitri kali ini diraikan dalam keadaan yang cukup sederhana berikutan penul4ran w4b4k c0v1d-19, ia tidak menghalang pelakon kacak Syafiq Kyle untuk merayakan hari mulia itu dengan meriah.
Jika saban tahun, Syafiq bersama keluarga pulang ke kampung halaman di Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk meraikan Syawal, kali ini berbeza.
Nampaknya, tahun ini rutin itu terpaksa dilupakan berikutan arahan kerajaan yang tidak membenarkan merentas negeri selain masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kata pelakon berusia 28 tahun ini, dia menyambut Aidilfitri bersama keluarga di ibu kota saja dan mengambil peluang menziarahi saudara-mara di sekitar Lembah Klang.
“Kami sekeluarga akan pastikan diri mematuhi syarat ditetapkan seperti penjarakan sosial dan berkunjung dalam kumpulan yang kecil.
“Sambutan hari raya kali ini memang banyak perbezaan antaranya tidak berpeluang mengerjakan solat sunat Aidilfitri di masjid.
“Sebenarnya, saya sangat berharap momen itu, namun terpaksa akur apabila solat sunat Aidilfitri tidak dibenarkan di masjid dalam jumlah ramai,” katanya.
Kata Syafiq, meskipun dalam situasi ada kekangan sekarang, Aidilfitri tetap disambut dengan normal baharu dan dirai cara tersendiri.
“Biarpun negara sedang mematuhi PKPB, bagi saya, raya tetap raya.
“Aidilfitri bukan sekadar berseronok menziarahi kaum keluarga, malah ia adalah suatu kemenangan dan menandakan Ramadan men1ngg4lkan kita serta pasti sentiasa dirindui,” katanya.
Bercerita mengenai juadah raya kegemaran, Syafiq berkata, dia suka makan nasi himpit dan lemang bersama kuah kacang.
“Selain itu, biskut samperit dan batang burvk antara menu yang mesti ada di rumah. Kalau tak ada, tak lengkap rasanya,” katanya.
Mengakui lebih gemar menyambut Aidilfitri di kampung berbanding di bandar, Syafiq berkata, banyak kenangan manis yang dicipta seperti bermain bunga api dan mercun bersama sepupu setiap kali pulang ke desa.
“Walaupun di kampung tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, saya lebih seronok kerana dapat berjumpa dengan ramai sanak-saudara.
“Biasanya jika di Kuala Lumpur, selepas solat sunat Aidilfitri, kami pergi menonton wayang,” katanya.
Urusan kerja
Beralih mengenai aktiviti seni, Syafiq berkata, tiada istilah cuti baginya walaupun masih berseronok menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Kata Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dia tidak lupa komitmen kepada kerjaya utama.
“Tiada istilah cuti lama untuk warga seni seperti kami berbanding orang yang bekerja di pejabat.
“Biasanya pada 1 Syawal, saya sibuk memuat naik aktiviti hari raya bersama keluarga untuk mengisi kandungan digital selain menghasilkan video untuk produk diwakili.
“Tetapi, kerja ini tidaklah membebankan jika kita seronok melakukannya. Apa yang penting, saya masih dapat bergembira dengan keluarga di sisi,” katanya.
Kisah Cinta
Berbicara kisah cintanya dengan pelakon, Mimi Lana, Syafiq berkata tahun ini tiada sebarang majlis istimewa membabitkan dia dan teman wanitanya itu.
Bagaimanapun, Syafiq mengakui sudah memasang niat mendirikan rumah tangga, namun masih dalam proses mempersiapkan diri bergelar suami.
“Setiap insan pasti mempunyai keinginan mendirikan rumah tangga dan saya pun ada memasang impian ke arah itu.
“Malah, keluarga saya pun selalu berpesan kalau berkawan, jika tak ada duit nak kahwin kena pasang niat dulu. Tapi itulah, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.
“Mungkin juga, jadual kerjaya kami berdua yang padat membuatkan tidak mempunyai masa sesuai untuk berbincang perkara ini dan pada masa sama masing-masing saling menghorm4ti.
“Malah, keluarga pun menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan memandangkan kerjaya dalam bidang ini (lakonan) pun tidak menentu,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Metro