“Saya Pernah Dipanggil B4ngla & K*ling Ketika Di Sekolah” – Ammar Alfian Kongsi Pengalaman Berdepan Isu Perkauman

Pelakon Ammar Alfian akui pernah berdepan beberapa kali pengalaman diskriminasi warna kulit sepanjang hidupnya.

Pertama kali kata Ammar ketika menetap di United Kingdom bersama-sama keluarganya ketika dia masih kecil.

“Subhanallah Allahuakbar, ia seperti dejavu sekali lagi sekitar tahun 1990-an ketika ibu bapa saya masih menuntut di Norwalk Los Angeles.

“Saya berumur 6 tahun dan tak memahami apa itu r4sis. Saya disisihkan dan tiada pilihan melainkan berkawan dengan orang berkulit hitam & warganegara Mexico.

“Dibel4sah tanpa bersebab ketika pergi dan pulang dari sekolah, diteng1ing dan dibaling ke dalam tong sampah.

“Situasi seakan sama terjadi kepada ibu bapa saya. Ibu saya bekerja sambilan sebagai tukang cuci sering ditengk1ng kerana memakai hijab,” cerita Ammar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yo white people ur coloured too. When ur embarrassed u turn pinkish red. When we smack and punch u u turn blue black. When ur angry u turn red. When ur sick u turn green and yellow. Ur a freakin RAINBOW. Stop tanning urself to look like us then. Stop listening to hip hop and R&B cos the blacks made dat shit. Stop dating coloured men cos y’all know we got bigger dicks then ur white boys. GTFOH #blacklivesmatter #blackbeauty #shareblackstories

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on

Situasi itu tidak terhenti di negara asing, malah kata Ammar dia dipanggil dengan pelbagai gelaran ketika di Malaysia.

“Selepas balik ke Malaysia, ia masih belum berhenti.

“Di sini saya dipanggil ‘Bangla’ dan ‘K*ling’ ketika masih bersekolah dan saya tak tahu kenapa.

“Apa kesalahan saya sampai dipanggil sedemikian. Kemudian barulah saya faham ia kerana warna kulit saya yang tidak putih,” tambahnya.

Ammar faham isu warna kulit menjadi penanda aras untuk orang sekeliling menilai seseorang.

“Sampai sekarang orang masih menilai kamu berdasarkan warna kulit. Persoalannya, kenapa?

“Saya memahami perasaan mereka yang berjuang setiap hari berdepan rasis. Allah itu maha berkuasa, orang k4fir ini ingat dia kuat sekarang. Tunggu,” kata Ammar lagi.

Kecoh sejak minggu lalu apabila berlaku rusuhan kaum di Amerika Syarikat selepas seorang warga Afrika-Amerika George Floyd telah men1ngg4l dunia apabila  mengalami kesukaran bernafas akibat lehernya telah ditekan lutut seorang anggota p0lis Minneap0lis, Minnesota.

Di Malaysia pula kecoh apabila bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap individu berkulit gelap.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak