AKU LARI DARI p0lis… SEKOLAH CINA ANJURKAN DINNER BESAR BESARAN SEMALAM… NASIB BAIK DAPAT LARIKAN DIRI….. LINTANG PUKANG…
Ada sekolah anjurkan dinner semalam… saya hadir Bersama kawan kawan… ramai kenalan saya… kami berborak dan bercerita… makan belum serve lagi… masih tunggu makan di serve…. saya lihat keliling saya … lebih kurang 200 orang dalam dewan restoran yang indah…. dan penuh dengan lampu yang cantik… meriah sungguh….. sama sama gelak ketawa…. phone saya ada message masuk… dari kawan… seorang Dato… maklum bahawa ada sepasukan p0lis dah on the way… nak check premis restaurant… saya terkejut… cari jalan keluar dari restoran.. ada tak Lorong tikus untuk keluar…. ya saya lupa ini musim PKP… tak di benarkan berkumpul… mampueh… mesti kena denda RM 1000 selepas di berkas nanti… saya cuba cari jalan lari… walaupun saya kenal OCPD… salah tetap salah… saya cuba bangun dari kerusi… semua nya gelap… gelap gelita… tak dapat lari… rupa rupa nya saya sedang mimpi… terus sedar jam baru 5.00 pagi… padan lah masih gelap lagi….MUNKIN AKU TERLALU RINDU KAWAN SEMUA…
Rata-rata netizan sangat terhibur dengan perkongsian Uncle Kentang
Onn Ell Uncle kentang bukan shj hansome dan pandai menulis, malah pandai bergurau manja ni… Kakaka harap sentiasa ceria selalu… Kami disini rindu kn hari2 normal, bleh keluar lepak macam dulu2…
Ana Farhana Aduiii suspen betul laa.. Sekali, mimpi daa… Hahahaha
Kirin Ibrahim Punya lah serius membaca..last last…hahahaha…aduihh..uncle ..uncle …
Hanura Zura Dh agak dh uncle..mna ada tokey restoren snggup bg org buat dinner musim ni..x pasal2 kna lok4p nnti
Jahara Bidin Bagai nak rak baca.Betullah uncle ni.Klu betul padan muka Patut kena rm 10000 sbb uncle yg beria2 pejuangkan PKP
Kerajaan sebelum ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bersambung sehingga 9 Jun 2020.
Larangan pergerakan antara negeri kekal dalam tempoh PKPB.
SOP solat Jumaat dan berjemaah sedang diperhalusi.
Pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri.
Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai p0lis terdekat.
Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat & keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang dalam satu-satu masa ketika hari perayaan.
Tetapi tidak perlu buat jamuan besar / rumah terbuka.
PKPB: Boleh Rentas Negeri Untuk Urusan Akad Nikah, Sesi Foto Pra Perkahwinan
Alhamdulillah, berita baik buat pasangan yang ingin berkahwin!
Semenjak PKPB dilaksanakan, ramai yang mengalami kesulitan untuk berkahwin kerana terpaksa melakukan akad nikah menerusi online.
Namun hari ini, Menteri Kanan Keselamatan memaklumkan bahawa rentas negeri untuk tujuan akad nikah dan aktiviti untuk mengambil foto pra perkahwinan dibenarkan.
Tidak lebih 20 orang dalam satu majlis
Untuk sesi foto pra perkahwinan, jurugambar dibenarkan untuk mengambil gambar pasangan pengantin di mana-mana lokasi yang dipilih.
Walaubagaimanapun, dalam situasi ini, pihak pengantin perlu mematuhi SOP iaitu tidak membenarkan lebih 20 orang dalam satu aktiviti atau urusan majlis.
Malah, jarak sosial juga perlu dipatuhi ketika urusan majlis berlangsung.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Musangviral