Pelakon Datin Niena Baharun memberitahu bahawa alahan yang dialami sepanjang mengandung anak keduanya kini sudah beransur hilang.
Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 27, berkata dia kini juga sudah boleh menikm4ti makanan seperti biasa selepas mengalami al4han teruk terhadap bau makanan.
“Yeay, 90 peratus morning s1ckness (alahan akibat mengandung) sudah tak ada. Ni pengalaman pertama kena morning s1ckness, waktu Adiel dulu memang tak merasa langsung.
“Betullah mak-mak selalu cakap, lain anak lain pengalaman kita dapat. Sekarang mommy dah boleh enjoy! Dah kurang dengan al4han bau, dah boleh mula makan banyak.
“Awal hari itu,tengok makanan kegemaran pun dah rasa mu4l, apatah lagi nak makan, sampai berat badan turun mendadak,” katanya.
Niena turut berkongsi foto terkininya menerusi satu entri di Instagram.
Begitupun, kata Niena, dia kini mula mengalami al4han kepada udara sejuk.
“Tapi kan, satu alahan ni baru timbul. Al4han dengan udara sejuk. Hmm, boleh berg4duh dengan daddy dia.
“Kadang-kadang datang sikap pentingkan diri daddy nak buka pendingin hawa paling sejuk,” ceritanya.
Niena turut mendoakan agar semua pasangan yang menantikan kehadiran cahaya mata, dikurniakan zuriat yang soleh.
“Jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Semoga doa kita semua dimakbulkan,” kongsinya.
Sebelum ini, pada April lalu, Niena mengumumkan dirinya sedang mengandung anak kedua.
Niena mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael yang kini menginjak usia dua tahun.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Niena Baharun di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak