Disaat kita merasakan diri kita susah, hakikatnya di luar sana masih ramai lagi yang terpaksa mengikat perut dan mencari rezeki siang malam hanya untuk sesuap nasi.
Baru-baru ini di Facebook, seorang pengusaha spa kecantikkan menerusi Facebook dengan nama akaun, Wan Aisyah Aisyahh, telah berkongsi mengenai kisah seorang bapa tunggal bersama anak kecilnya.
Setiap hari, dia melihat bapa bersama anak kecilnya duduk di kawasan kedai meminta sedekah, membuatkan wanita itu ingin mengetahui apakah yang berlaku terhadap dua beranak tersebut.
Isteri dah lama meninggaI
Di dalam entrinya, wanita itu yang menyapa diri sebagai Kak Cah, sempat berkongsi intipati perbualannya bersama dengan bapa tersebut. Difahamkan, isteri lelaki itu telah meninggaI dunia sejak anaknya baru dilahirkan.
Bapa tunggal yang sebelum ini membuat kerja pemasangan wayar, kini terpaksa berhenti kerana setelah isterinya meninggaI tiada siapa yang dapat menjaga anak kecilnya itu.
Sewa bilik untuk bermalam sahaja
Malah, bapa tunggal itu hanya mampu sewa bilik untuk bermalam sahaja kerana tiada wang. Kasihan melihat nasib bapa dan anak kecil yang terpaksa tidur di jalanan.
Wanita itu telah menawarkan kerja kepada bapa tunggal tersebut untuk membuat drill, dengan niat untuk membantu agar beroleh wang untuk mengisi perut.
Jangan mudah menghakimi orang
Status tersebut kini telah mencuri perhatian ramai, dan telah mendapat 6 ribu perkongsian di Facebook. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib bapa tunggal itu dan anak kecilnya.
Kita tiada di tempat individu terbabit, jadi janganlah kita menghakimi apa yang berlaku ke atasnya. Diharapkan, ada jalan buat bapa tunggal ini mengubah nasib hidupnya.
Hidup ini ujian, semoga ayah dan anak ini tabah
Mari saya jaga anak itu
Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih
Sumber: OMM via Wan Aisyah Aisyahh, RimbaBara
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : jalankami