KUALA LUMPUR: Ketika Syawal menguak jendela, penyanyi yang menempa populariti di Indonesia, Baby Shima, 28, menyambutnya tanpa sebarang persiapan. Hanya kesayuan bertandang di hati terkenang keluarga dan desa halaman nun jauh di mata.
Tiada baju baharu, malah ketupat, lemang dan rendang juga tidak menghiasi meja sebagai juadah pagi raya seperti kelazimannya. Terkurung di Jakarta berikutan larangan merentas negara membuatkan impian penyanyi lagu Pura Pura Bujang itu pulang ke Masai, Johor lebur bagaikan debu.
Saban tahun, sesibuk mana pun menguruskan kerjaya seni di perantauan, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli tetap akan pulang ke kampung menyambut Syawal bersama keluarga.
Baginya, Aidilfitri lebih sempurna diraikan bersama keluarga tersayang. Namun, penul4ran pandemik c0v1d-19 menghalangnya pulang ke pangkuan keluarga.
Perlahan suara di hujung talian, Shima mengakui: “Ini adalah kali pertama saya meraikan Syawal di perantauan, jauh daripada keluarga tersayang.
“Jika teringin nak makan apa-apa, saya hanya membelinya sahaja. Saya cuba elak memasak juadah pagi raya kerana tak mahu mengundang kesed1han dalam hati.
“Sambutan Aidilfitri di Jakarta sama sahaja di Malaysia. Semua orang tidak boleh pulang ke kampung halaman berikutan c0v1d-19. Jadi, tiada apa yang istimewa,” katanya kepada BH Online.
Biarpun, jauh di sudut hatinya terbit kesed1han mendalam, namun penyanyi yang meledak nama ketika menyertai program D’Academy Asia 3 anjuran Indosiar itu bersyukur keluarga memahami situasi berlaku seluruh dunia ketika ini.
“Jika diikutkan, hati ibu bapa mana yang tidak sed1h apabila anak tiada depan mata ketika Aidilfitri, lebih lagi kepulangan saya sentiasa dinantikan keluarga. Saya tak pernah berpisah dengan mereka pada hari raya. Apabila tidak dapat bersama tentulah terasa.
“Bagaimanapun, kami sudah lama duduk berjauhan, hanya sesekali pulang ke kampung, jadi kesed1han dapat dikawal. Lagipun, teknologi canggih masih merapatkan hubungan kami. Saya membuat panggilan video untuk bermaafan, sekali gus mengubat kerinduan pada pagi Syawal.
“Apapun, bermaafan di pagi raya tetap dilakukan, cuma dengan cara normal baharu. Tak mengapalah, saya faham mengapa larangan ini dilaksanakan. Semuanya untuk kebaikan bersama. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya,” katanya yang terper4ngkap di Jakarta selepas kerajaan Indonesia melaksanakan perintah berkurung sejak April lalu.
Tidak mahu dilupakan pada bulan mulia, penyanyi yang diangkat Pendatang Baru Dangdut Terpopular, Anugerah Dangdut Indonesia pada 2017 itu tampil dengan single raya berjudul Tak Dapat Raya Lagi berkolaborasi dengan kumpulan Floor 88.
Shima berkata, lagu raya itu adalah lagu lama yang berjudul Tak Dapat Raya yang diubah lirik berdasarkan perkembangan semasa.
“Single ini dikeluarkan bagi memastikan saya kekal relevan dan diingati peminat. Walaupun tiada tawaran persembahan, namun saya tak mahu berdiam diri.
“Ia adalah lagu raya saya dan Floor 88, tahun lalu. Liriknya sahaja diubah mengikut situasi semasa apabila semua orang tak dapat pulang ke kampung untuk beraya.
“Kami merakamkan lagu dan membuat penggambaran muzik video dari rumah masing-masing memandangkan saya tidak dapat pulang ke Malaysia. Ini adalah pengalaman baharu buat saya,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online