TIADA lagi persefahaman antara satu sama lain menjadi punca hubungan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana berakhir sejak sebulan lalu.
Bagaimanapun, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, berkata, perpisahan itu bukan disebabkan populariti atau g4ngguan orang ketiga.
“Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau g4ngguan orang ketiga.
“Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… anggap sahaja kami tiada jodoh,” katanya kepada BH Online.
Syafiq dan Mimi Lana putus sejak sebulan lalu.
Hubungan pasangan ini disedari berdepan masalah selepas kedua-dua mereka berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing sejak April lalu.
Dalam pada itu, pelakon Cari Aku Di Syurga ini mengakui sed1h apabila terpaksa memutuskan hubungan yang dibina selama lima tahun itu.
“Bohonglah kalau nak kata saya tak sed1h dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.
“Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan.
“Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.
“Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya.
Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, Mimi tidak menolak jika digandingkan dengan Syafiq dalam drama atau filem pada masa akan datang.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar