KUALA LUMPUR: Tindakan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyelar individu yang did4kwa menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu di Instagram (IG) mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengikut.
Bagaimanapun, ketika dihubungi, Ahmad Idham, 46, menjelaskan individu terbabit bukan dalam kalangan selebriti dan apa yang berlaku adalah kr1sis peribadi.
“Ia tiada kena mengena dengan orang industri, hanyalah isu peribadi. Saya memuat naik status mengenai semakan gelaran ‘Datuk’ yang dipercayai palsu kerana menganggap individu terbabit bertindak melampaui batas.
“Saya mahu orang tahu kita boleh memeriksa apakah gelaran ‘Datuk’ itu tulen atau palsu. Sebelum ini, saya tidak tahu, tetapi selepas dimaklumkan teman, barulah saya tahu.
“Sekarang terlalu ramai yang mengambil kesempatan atas gelaran ‘Datuk’ dan saya menjadi antara mereka yang terkena,” katanya kepada BH Online.
Beberapa hari lalu, Ahmad Idham memuat naik status dan paparan skrin maklumat carian daripada sebuah portal membabitkan gelaran individu yang namanya bermula dengan abjad ‘A’.
Pengarah filem Pencuri Hati Mr Cinderella itu tidak berniat mendedahkan nama penuh individu terbabit, namun, jika keadaan mendesak, dia tidak keberatan.
“Untuk saya dedahkan atau tidak, semuanya bergantung kepada dia. Sekarang saya hanya mahu memberi amaran.
“Saya juga tidak mengharapkan apa-apa daripada individu terbabit selain mahu dia berubah,” katanya.
Mengulangi pendirian, Ahmad Idham berkata, dia menggunakan platform media sosial untuk memberi maklumat berguna kepada orang ramai, bukan meng4ibkan sesiapa.
“Saya baca di ruang komen, ramai orang pernah berhadapan situasi sama. Jadi, sedikit sebanyak, saya harap maklumat ini membantu.
“Kita menggunakan laman sosial untuk perkara positif. Jadi, saya guna platform ini untuk berkongsi ilmu agar orang ramai tidak menjadi m4ngs4 dan kita dapat membanteras pen1puan ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham mahu mengkaji perkembangan industri penerbitan sebelum memulakan operasi syarikat produksinya seperti dibenarkan kerajaan.
“Senario industri sekarang sudah berbeza. Jadi, kalau kita nak buat filem, kita kena kaji semula industri.
“Apabila kita buat filem tanpa kajian, takut nanti kita yang menanggung rugi,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online