” Mana lah dorang ni dapat v1rus tu. takkan lah tiba-tiba ada.. semua orang tengah pkp ni..dah naik buntu kepala otak”
” Kluster baru ni dia orang dapat dari mana..masa PKP kan tiada rentas negeri.. macam tiba-tiba je, dia orang kan jauh dari depo imigresen kat kl..pasar borong pun jauh.”
Itu antara segelintir komen penduduk setempat susulan terdapat sembilan kes positif COVlD-I9 membabitkan dua kluster di Maran, hari ini.
Bagaimanapun penduduk di Wilayah Jengka diminta supaya tidak panik dengan penul4ran berita terbabit kerana pihak berkuasa telah mengambil langkah-langkar perlu.
Pegawai Daerah Maran, Shahrudin Jali berkata, pihaknya mengesan dua kluster baharu berkenaan apabila dua 2 kes positif dikesan di Kluster Tapak Pembinaan iSPAT dan tujuh Kes positif dari Kluster Kilang Papan Primado.
Beliau berkata, pihak berkuasa bertindak pantas dan proaktif apabila menyaring 1,221 individu di Maran bagi mengasingkan individu disahkan positif serta kontak dikenalpasti bagi mengekang penul4ran w4b4k COVlD-I9.
” Dua kluster COVlD-I9 terbaharu ini mendapat raw4tan intensif di h0sp1tal Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan manakala seramai 117 orang yang ada kontak dikuarantin di Bukit Tinggi, Bentong.
” Manakala, bagi pekerja kilang papan warganegara tempatan di kawasan industri Jengka dan pasar raya di Kuala Krau diarah menjalani kuarantin di rumah masing- masing,” katanya kepada media selepas membuat lawatan ke Kilang Papan Primado, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menafikan lelaki Bangladesh yang positif COVlD-I9, bekerja di Pasar Raya BS Mart Jengka seperti yang tular dalam media sosial.
Justeru beliau meminta orang ramai tidak terus menyebar maklumat palsu itu sehingga menimbulkan kemarahan netizen kerana pasar raya berkenaan masih beroperasi.
” Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Maran menyaring 54 pekerja BS Mart Jengka dan semuanya disahkan negatif COVlD-I9.
” Lelaki Bangladesh yang menyewa di Rantau Perintis berkenaan adalah penanam sayur yang tinggal bersama dengan kluster kilang papan di Jengka,” katanya.
Shahrudin berkata, sebagai langkah keselamatan pihak kerajaan melaksanakan Pergerakan Kawalan Keselamatan Lokaliti (PKKL) di kawasan Rantau Perintis sahaja.
Katanya, berikutan kes terbaharu itu, pergerakan keluar masuk ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka dihadkan bagi mengekang sebarang kemungkinan kitaran v1rus COVlD-I9 kepada individu lain.
Sementara itu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Maran menafikan kawasan Bandar Tun Abdul Razak Jengka dikenakan ‘ lockdown’ dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) berikutan sembilan kes aktif positif.
Kredit foto: Pahang Story
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: malaysiaunited