“Rasa Lega, Rindu Mak Ayah” – Orang Bujang Dah Boleh Rentas Negeri, Ramai Ucap Terima Kasih PM

Perdana Menteri Malaysia, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditamatkan pada 9 Jun ini.

Bagaimanapun tindakan itu digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan.

Menerusi perutusan Khas yang dibawakan secara langsung menerusi televisyen dan media sosial hari ini, Perdana Menteri juga mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri sepanjang tempoh PKPP selain lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian

“Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

“Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa yang berjauhan boleh berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasa jaga kebersihan diri dan pakai pelitup muka di tempat awam dan elak berada di tempat sesak semasa pulang ke kampung,”

“Bermula 10 Jun hingga 31 Ogos lebih banyak kelonggaran yang diberikan untuk saudara-saudari  untuk menjalani rutin harian di samping mematuhi SOP secara berterus,” jelas beliau.

Dalam pada itu menerusi media sosial, rata-rata golongan bujang mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana diberi kebenaran untuk merentas negeri.

 

Sebelum ini sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, tiada kelonggaran diberikan kepada individu bujang untuk merentas negeri.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  Gempak