Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan selama 13 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida banyak liku-liku yang perlu mereka hadapi.
Menurut Aliff, 33, setiap tahun adalah masa untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri sendiri.
“My bidadariku @shahidadherbs. Berkahwin itu amat mudah. Tetapi untuk menjadikan perkahwinan bahagia ini kekal lama dan sempurna serta menjadikan untuk saling melengkapi itu bukan sesuatu perkara yang mudah.
“Lebih daripada 13 tahun, perkahwinan kami, banyak asam garam yang ditempuhi. Setiap tahun adalah tahun pembelajaran kami untuk membetulkan kelemahan masing-masing,” tulisnya di Instagram (IG).
Tambah Aliff, kemelut yang berlaku itu secara tidak langsung telah mematangkan diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik di masa depan.
“Syukur Alhamdulillah, 13 tahun itu mematangkan saya untuk menjadi seorang suami yang terbaik. Abah yang terbaik dan usahawan yang terbaik. Adat berniaga ada jatuh dan bangun
“Perkara ini mematangkan kita. Tetapi benda yang paling penting sekali adalah kebahagian yang hakiki iaitu bersama dengan keluarga dan ibu bapa kita.
“Semoga semua rakan-rakan perkenalan saya di Facebook, Instagram, bekas kakitangan saya, ejen dan juga stokis saya, anda adalah orang yang hadir dalam hidup saya adalah yang terbaik saya doakan.
“Semoga kita sama sama mendoakan untuk kebahagian orang lain juga. Amin Ya Rab,” tulisnya lagi.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah serta seorang anak angkat.
Terdahulu, rumah tangga Aliff dan Shahida didakwa bermasalah selepas surat tuntutan cerai dipercayai milik pasangan itu tersebar di Internet.
Lebih mengukuhkan lagi apabila pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung selama beberapa bulan.
Walau bagaimanapun, pada bulan Mei lalu, hubungan Aliff dan Shahida kembali pulih selepas memuat naik foto bersama.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak