Sempat bersih diri, beritahu ahli keluarga ‘nak m4ti dah ni’… kakak terkilan adik rebah sebelum makan maggi atas meja – “Dapat tengok macam nyaw4nya ditarik”

AJ4L m4ut itu ketentuan Tuhan dan kita hanya menyedari perlakuan pelik seseorang itu selepas dia pergi selama-lamanya.

Begitu jugalah kisah seorang pemuda yang turut memberikan ‘hint’ kepada ahli keluarganya dan rakannya sebelum menghembvskan nafas terakhir pada 3 Jun lalu.

Perkara itu didedahkan kakak arw4h menerusi satu bebenang di Twitter sehingga menjadi tular.

Menurut Asilah Amanina, adik bongsunya, Aqil Ahda, 19, disahkan meningg4l dunia kira-kira pukul 12.45 tengah malam Rabu lalu selepas rebah dan tidak sedarkan diri di rumah nenek mereka dekat Kampung Bukit Tingkat, Temerloh, Pahang.

“Masa tu saya dengan ayah nak pergi dapur, nenek pun ikut sekali. Saya buatkan maggi untuk dia dan letak atas meja.

“Dia elok je masa tu, tengah main rambut sambil nyanyi-nyanyi. Lepas tu dia pergi basuh tangan.

Gambar kenangan raya Aqil bersama kakaknya, Asilah.

“Masa nak pergi ambil sudu, dia slow-slow rebah ibarat macam ada orang papah dia. Saya dapat tengok macam nyaw4nya ditarik,” katanya kepada mStar.

Panik dengan keadaan itu, Asilah berkata adiknya segera dibawa ke h0sp1tal Temerloh untuk tindakan susulan.

“Sebenarnya masa kat dapur tu saya dah rasa dia dah putus ny4wa tapi kami nak juga bawa ke h0sp1tal sebab nak dengar juga keputusan doktor.

“Saya bawa dia ke h0sp1tal dengan ayah dan seorang lagi cousin saya. Masa ribakan dia tu saya dapat rasakan muka dia sejuk, tangan dia pun sejuk.

“Tapi masa tu saya nak sedapkan hati ayah yang tengah drive. Saya cakap masih ada nadi lagi. Sampai h0sp1tal doktor terus buat CPR depan kami.

“Bila tekan dada guna tangan tak boleh barulah doktor bawa masuk bilik buat CPR guna mesin tapi tak boleh juga. Masa tu saya dah reda, saya dapat rasakan dia dah pergi,” katanya.

Jelas gadis berusia 24 tahun, punca kem4tian adiknya masih belum diketahui tetapi beberapa hari sebelum itu adiknya ada mengadu s4kit perut.

Aqil rebah selepas mengambil sudu untuk menikm4ti maggi dimasak kakaknya.

“Buat masa ini doktor pun tak beritahu lagi punca kem4tian dia. Tadi doktor cakap dua minggu kemungkinan baru keluar result. Tapi dua tiga hari sebelum tu dia ada cakap s4kit perut.

“Cuma hari kejadian tu dia tak ada pula cakap s4kit perut ke apa. Empat hari terakhir Ramadan tu memang dia tak puasa sebab munt4h, tak boleh nak makan dan s4kit perut.

“Tapi kami bawa dia pergi klinik sehari sebelum raya cuma masa tu silap kami tak buat scan. Tapi doktor check beriya masa tu cakap tak ada apa-apa,” katanya.

 

Abah ada beritahu dalam minggu tu juga, Aqil cakap jangan kac4u dia tidur. Dia nak tidur lama-lama. Dengan mak pula dia cakap ‘Aqil tak ada tempat selesa nak tidur dalam rumah ni’.

ASILAH AMANINA

Kakak

Namun Asilah mendedahkan adiknya itu turut menunjukkan tanda-tanda pelik tanpa disedari mereka.

“Sehari sebelum tu dia ada call saya pukul 5 pagi beritahu nak minta bawakan maggi yang saya pernah masak dulu. Dia kata teringin nak makan, jadi saya belilah.

“Lepas dia mandi, dia sempat bergurau dengan ayah. Tak lama lepas tu dia cakap jomlah angah, ayah kita pergi dapur makan… Aqil nak m4ti dah ni.

“Tak lama lepas tu dia rebah. Benda tu berlaku terlalu cepat. Dia tak sempat pun makan maggi yang saya masak tu. Rasa terkilan sangat-sangat,” katanya.

Asilah mendedahkan adiknya sempat bergurau dengan ayah mereka sebelum menghembvskan nafas terakhirnya.

Pada masa sama, Asilah berkata adiknya itu turut sudah mempersiapkan diri untuk bertemu penciptaNya.

“Malam tu dia siap cukur misai semua, seolah-olah dia bersihkan diri dia. Memang nampak muka dia bersih sangat lepas dia mandi malam tu.

“Dia pun langsung tak makan satu hari tu. Cuma dia minta saya masakkan maggi tapi itu pun dia tak sempat nak makan. Ustaz cakap baguslah sebab dia bersihkan perut dia sebelum meningg4l,” katanya.

Sementara itu, Asilah yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu turut terkejut apabila dimaklumkan ibu bapanya mengenai sikap pelik adiknya itu.

“Abah ada beritahu dalam minggu tu juga, Aqil cakap jangan kac4u dia tidur. Dia nak tidur lama-lama. Dengan mak pula dia cakap ‘Aqil tak ada tempat selesa nak tidur dalam rumah ni’.

“Dia macam dah tahu-tahu nak pergi tapi kami tak terfikir pun yang pelik-pelik. Sejak bulan April lalu dia memang selalu cakap pasal akhir4t,” katanya.

jen4zah Aqil dikebvmikan di kampung halaman neneknya di Kampung Bukit Tingkat, Temerloh Pahang.

Meskipun sed1h dengan pemergian adik bongsunya itu, Asilah berkata mereka sekeluarga lega apabila ramai bercerita kebaikan adiknya itu ketika hayatnya.

“Memang sed1h dan terkejut tapi lega sebab cara dia pergi begitu mudah. Ramai kawan dia jumpa famili minta kami jangan sed1h sebab Aqil kawan yang baik.

“Sepanjang mereka berkawan sejak sekolah rendah mereka kata Aqil tak pernah sakitkan hati sesiapa. Malah Aqil jadi tempat mereka untuk dapatkan nasihat.

“Mereka juga ada beritahu Aqil sempat hantar mesej minta maaf pada kawan-kawan pada April lalu. Mereka tanya kenapa minta maaf… mengadalah. Tapi Aqil jawab ‘aah mengadalah, nanti tak mengada dah,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar