Pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa Pak Nil berkongsi potongan video para petugas kesihatan bersorak kegembiraan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan Perdana Menteri Ahad lalu.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Menurut Pak Nil, para petugas barisan hadapan berhak meluahkan rasa gembira dan mereka wajar untuk menerima penghargaan dari masyarakat.
Malah, Pak Nil turut menawarkan untuk mengacara secara percuma jika ada majlis meraikan semua wira barisan hadapan yang telah berusaha keras menangani krisis c0v1d-19.
“Tak apalah, bagilah mereka melepas perasaan gembira setelah PKPP diumumkan.
“Kami rasa kamu semua berhak atas kejayaan setakat ini! Kalau ada majlis meraikan semua wira-wira frontliners, saya volunteer jadi pengacara majlis Free of Charge! Tahniah Malaysia!” tulis Pak Nil sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Pak Nil turut berasa terharu dan seb4k mengenang pengorbanan petugas barisan hadapan.
Ahad lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP yang akan mula dilaksanakan bermula esok (10 Jun 2020).
Pelaksanaan PKPP akan lebih banyak memberi kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai dan mereka yang menjalankan perniagaan.
Apapun, pastikan anda sentiasa mengambil langkah berhati-hati, jaga jarak sosial, kebersihan tangan dan patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Semoga Malaysia mampu mencapai status sifar c0v1d-19 dalam masa terdekat!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak