KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti menafikan dakwaan mengabaikan anak-anak apabila tidak membalas mesej yang dihantar anak sulung, Aurel Hermansyah seperti heboh diperkatakan netizen, baru-baru ini.
Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD menjelaskan, dia masih ingat tanggungjawab sebagai ibu. Setiap mesej dihantar, pasti akan dibaca dan dibalasnya.
“Saya ingin menegaskan berita tersebar mengatakan saya tidak membalas mesej anak sama sekali tidak benar. Sebaliknya, saya bahagia mendapatkan pesanan mereka. Apabila membaca, saya terus membalasnya,” katanya.
Katanya, walau sesibuk manapun, dia tetap akan cuba meluangkan masa berkomunikasi dengan dua cahaya matanya, Aurel dan Azriel yang kini berada di bawah jagaan bekas suami yang juga penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.
Krisdayanti bersama puteri sulung, Aurel Hermansyah yang melahirkan rasa terkilan apabila ucapan Selamat Hari Raya yang ditulis di Instagram ibunya tidak mendapat balasan. – Foto Instagram Krisdayanti
Cuma, akui Krisdayanti, ada ketika, dia terlewat membalas mesej kerana telefon bimbit tidak selalu berada di tangannya.
“Dalam setiap kesempatan dan sesibuk manapun, saya selalu berusaha memberi perhatian khusus untuk semua anak-anak, termasuklah Aurel dan Azriel.
“Apalagi membalas mesej yang dikirim, sama ada cepat atau lambat kerana telefon bimbit tidak bersama saya selama 24 jam,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi jelita ini turut meminta netizen supaya tidak mengheret suaminya, Raul Lemos dalam permasalahan berkenaan.
“Saya mohon netizen tidak melemparkan tanggapan dan menyemak kebenaran cerita. Janganlah mengaitkan suami saya yang tidak tahu apa-apa, apatah mahu campur hubungan saya dengan anak-anak.
“Apa yang suami lakukan demi melindungi perasaan anak-anak kami, Amora dan Kellen yang sudah besar serta faham dunia digital. Anak-anak yang lain di Dili turut terlvk4.
“Suami mempunyai anak tiri yang sampai saat ini hubungannya sangat baik, bahkan sangat menghorm4ti saya sebagai ibu tiri. Sebagai manusia, saya pernah melakukan kesalahan, tetapi saya berharap kepada anak-anak dapat mengambil sedikit sisi positif daripada saya dan berkata mengenai kebenaran,” katanya.
Kontroversi tercetus apabila Aurel melahirkan rasa terkilan apabila ucapan Selamat Hari Raya yang ditulis di laman Instagram (IG) ibunya tidak mendapat balasan.
Enggan perkara ini berlarutan, Krisdayanti bertindak memuat naik entri IG yang memaparkan tangkap layar perbualannya bersama Aurel di aplikasi WhatsApp sebagai bukti dirinya tidak pernah mengabaikan mesej dihantar anak gadisnya itu kepadanya.
Tindakannya itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam diri anak lelakinya, Azriel yang mempersoalkan apakah semua permasalahan keluarga perlu dikongsi di media sosial.
“Apa perlu diposting mii,” tulis Azriel di ruangan komentar entri berkenaan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online