“Maaf Saya Rosakkan Hari Bahagia Awak Berdua” – Jadi Orang ‘Ketiga’, Gadis Ini Pecah Perut Gelak ‘Spoil’ Momen Sepasang Kekasih

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai kejadian melucukan apabila seorang gadis dengan secara tidak sengajanya memakai pakaian yang sama dengan sepasang kekasih di sebuah pusat membeli belah.

Ketika dihubungi Gempak, gadis yang bernama Nurul Atila Edeati Baharuddin, 21, menyatakan itu adalah satu pengalaman yang kelakar memandangkan ini merupakan kali pertama terjadi.

“Cerita dia macam ni. Saya yang beratur dulu kat Empire Sushi. Lepas tu, kawan saya yang cakap ada sepasang kekasih pakai baju sama dengan saya dan secara tidak sengaja mereka juga singgah di tempat sama. 

“Saya terus berundur sebab nak gelak. Masa tu memang dah tak boleh tahan. Saya tunggu pasangan tu pergi dulu baru saya beratur balik untuk beli makanan.

“Saya tak terkejut pun cuma rasa benda ni kelakar sebab ini kali pertama jadi dalam hidup saya,” katanya.

Tambah Atila, bukan hanya dia perasan malah pasangan itu turut menyedari apa yang berlaku.

“Semestinya mereka perasan sebab mereka yang datang ke arah saya. Saya memang dah ada dekat situ dulu.

“Kalau tengok dari video tu, nampak lelaki tu macam terkejut. Saya tak sempat nak tengok reaksi mereka sebab asyik gelak ja masatu.

“Yang mampu saya lakukan adalah mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut,” katanya sambil bergurau.

Dalam pada itu, Atila berkata dia membuat keputusan untuk tidak lagi memakai baju berwarna kuning jalur biru dan putih itu.

“Saya dah taknak pakai lepasni. Tapi saya ada niat untuk bagi kat adik saya baju tu. Biar dia rasa apa yang saya rasa,” katanya lagi sambil ketawa.

Rakaman video selama empat saat itu telah mendapat lebih 50,000 kicauan (retweet) dan 47,000 tanda suka (likes).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak