SERAMAI 269 etnik r0hingya yang dipercayai menempuh perjalanan selama hampir empat bulan dari kem pelarian di Myanmar berjaya mendarat di Langkawi, hari ini.
Kelibat bot berkenaan dilihat memasuki perairan negara jam 4.20 pagi semalam di Pantai Teluk Nibong, Langkawi.
Sumber memberitahu Harian Metro, 269 itu terdiri daripada 80 lelaki, 138 perempuan, 26 kanak-kanak lelaki dan 23 kanak-kanak perempuan.
“Selain 269 itu, p0lis juga sudah menemui satu m4yat etnik r0hingya di perairan Langkawi. M4yat itu sudah dibawa ke h0sp1tal untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, 53 daripada mereka dilaporkan terjun ke laut selepas bot itu k4ram termasuklah seorang daripada mereka yang ditemui m4ut itu.
Katanya, sembilan tekong atau kru bot penyelvdupan migran itu dipercayai men1ngg4lkan bot berkenaan menggunakan satu lagi bot selepas memasuki perairan Malaysia.
“Bot itu dipercayai belayar dari kem pelarian Cox Bazar, di Myanmar yang mengambil masa hampir empat bulan untuk tiba di Langkawi,” katanya.
Sumber berkata, bot berkenaan dipercayai membawa lebih 500 etnik r0hingya dan 200 daripadanya dilaporkan m4ti ketika dalam perjalanan namun pihak berkuasa masih menyi4sat perkara berkenaan.
Katanya, semua pelarian terbabit dibawa ke Kem Wawasan Negara di Ulu Melaka, Langkawi untuk proses dokumentasi.
Harian Metro difahamkan, satu sidang media akan diadakan pihak berkuasa berhubung pendaratan terbaru etnik r0hingya itu dalam masa terdekat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : wowberita