Nama Mira Filzah sudah tidak asing sama sekali dalam industri hiburan tanah air. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, malah paras wajahnya yang ayu turut sering kali mencuri tumpuan ramai. Beberapa bulan lalu khabar angin mengenai Mira Filzah bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi berlegar di sosial media.
Sejak itu nama Mira Filzah sering dikaitkan dengan individu bernama Wan Emir Astar. Malah nama itu juga sering menjadi tumpuan peminatnya di sosial media dengan saling tag nama akaun masing-masing. So sweet!
Selain dari itu kisah mengenai spekulasi cincin yang dipakai Mira Filzah dikongsikannya sebelum ini turut membuatkan warganet terus berteka-teki. Biarpun begitu, baru-baru ini Mira Filzah memuat naik fotonya yang berbusana pengantin di laman Instagram membuatkan peminatnya makin teruja.
View this post on InstagramDear future brides, are you ready? 👰🏻❤️ . . @rizmanruzaini #RRbridalRTW2020
Biarpun Mira Filzah berbusana pengantin ini untuk mempromosikan koleksi baju perkahwinan oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, namun orang ramai tetap teruja dengan penampilannya itu. Memang nampak sungguh ayu dan aura perkahwinannya semakin terasa!
Perkongsiannya itu telah meraih lebih 100 ribu likes dan rata-rata netizen memuji foto Mira Filzah berbusana pengantin ini di ruangan komen seperti berikut:
“You look stunning girl…”
“Ewahhh! Bakal pengantin ni!”
“Akak Mira is super cantik la”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL