Pelakon Tiz Zaqyah, 32, mengingatkan kepada semua orang supaya menjaga kebersihan pantai ketika melancong ke sana.
Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan orang ramai melakukan aktiviti pelancongan domestik negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat-kuasa.
Menurut Tiz, seharusnya sikap menjaga kebersihan itu perlu dipraktikkan tidak kira di mana berada.
“Yang seronok nak ke pantai bagai, tolonglah jaga kebersihan tu. Sampah jangan buang merata. Nampak sampah tepi pantai tu tolong la kutip.
“Ajar anak beranak hormat kebersihan kat kisahlah kat mana mana. Jangan jadi bangsa tak peduli. Jangan tunjuk diri ni bod0h ya. Ini umum,” tulisnya di laman Twitter miliknya.
Tambah pemilik nama Siti Zaqyah Abdul Razak mendedahkan kunjungan terakhir dirinya ke Tasik Dayang Bunti1ng, Pulau Langkawi sangat menakutkan keadaan persekitarannya.
“Seram tengok Tasik Dayang Bunt1ing kali terakhir saya berada di sana. Saya pasti sekarang bersih sangat sebab tak ada lawatan beribu-ribu manusia dah. Tengok lah berapa lama akan bertahan.
“Akhir sekali. Bersikap baik antara satu sama lain dan kekal selamat,” tulisnya lagi.
Yang seronok nak ke pantai bagai, tolonglah jaga kebersihan tu. Sampah jangan buang merata. Nampak sampah tepi pantai tu tolong2 la kutip.
Ajar anak beranak hormat kebersihan kat kisahlah kat mana mana. Jangan jadi bangsa tak pedulik. Jangan tunjuk diri ni bodoh ya.Ini general.— TIZZY (@iamTizZaqyah) June 7, 2020
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak