Jururawat Lesapkan Wang RM82,000 Milik Ifa Raziah, Ini Permintaan Wanita Tersebut Buat Ifa Kesian

Penyanyi, pengacara dan pelakon Ifa Raziah telah memaafkan seorang jurur4wat yang didakwa telah men1ipunya sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM82,000 pada Mac lalu.

Ifa berkata dakwaan dan kes mahk4mah terhadap jurur4wat tersebut yang stokis produk SolidMolid itu juga telah diselesaikan di luar mahkamah.

Katanya lagi, wanita tersebut sudah membayar ganti rugi dan menyesali perbuatannya.

“Saya sudah maafkan dia dunia dan akhir4t. Lagipun saya pernah cakap dulu, kalau dia bayar balik wang yang dilarikan itu saya akan gugvrkan tudvhan terhadap dia.

“Lagipun saya tak sampai hati apabila mengenangkan anak-anak dia. Saya ini mulut je bising tetapi cepat rasa kasihan, lagi pun dia juga sudah menyesali perbuantannya,” kata Ifa kepada Gempak.

Ketika ditanya samada wanita tersebut masih bergelar stokis SolidMolid, Ifa berkata dia boleh mempertimbangkan perkara tersebut.

“Dia ada tanya boleh tak kalau dia nak terus jadi stokis SolidMolid, saya boleh beri dia peluang kedua asalkan dia berubah dan tidak mengulangi perbuatannya itu.

“Dia berjanji depan suami dan ayah dia. Saya percaya dia sudah menyesal. Pengajaran kepada semua, carilah rezeki yang halal untuk keluarga baru ada keberkatan,” katanya.

Pada Mac lalu, Ifa telah mendakwa dirinya dit1ipu salah seorang stokis produk jualannya menyebabkan kerugiaan sebanyak RM82,000.

Perkara tersebut turut didedahkan Ifa menerusi laman sosial Facebook (FB) dan Instagram (IG)nya.

Dia turut membuat lap0ran p0lis terhadap stokis SolidMolid dari Besut, Terengganu dan Kelantan itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak