Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ozlynn menjelaskan perkahwinannya bersama Johan akibat dipaksa oleh abahnya dan bersyukur apabila keputusan yang dilakukan itu adalah tepat.
“Sempena hari yg cukup istimewa buat lelaki dlm video ni.. aku saja nk share dulu skolah mvsuh ketat.. dh besar nyampah, perangai yg paling aku x suka tu la yg Allah bg kat aku..”
“end up 5 kepala keluar.. dia je la yg sanggup layan perangai aku.. mmg ngam la senang cite.. nasib dgr ckp abah kawin dgn dia dulu.. kalau x.. mesti x dpt yg mereng mcm ni.. yg spesis ni dh pupus dah..”
“mmg x wujud.. satu ni jek tinggal.. paling menyakitkan ati pon dia, paling menyenangkan ati pun dia.. byk kelebihan dia yg malas aku nak share..”
“biar yg buruk2 jek korg tau.. xde nak berebut2.. lagi pon rugi kalau nk rebut..”
“sb sume harta dia n duit dia dlm bank aku🤣🤣🤣 so aku just nak mintak tlg korg semua sedekahkan Al fatihah utk dia dan doakan yg terbaik buat dia..”
“Moga yg terbaik hanya utk dia “SUAMIKU” ……….. mamahanania syg papa❤️💕 ( sblm korg pk bebkn, dlm video ni dia cuba urut pinggang aku ye)
Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan serta kesihatan mereka.
Hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
Sumber : IG jozlynnhanania