Pelakon Nina Iskandar, 29, beng4ng apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan identiti dirinya bagi mencetuskan provokasi terhadap kerajaan Malaysia di Facebook.
Tegas Nina, dia tidak pernah melibatkan diri dalam perkara-perkara yang berunsurkan politik memandangkan dia warganegara Brunei.
“Ini bukan saya menggunakan kata-kata kes4t, cakap macam-macam fasal kerajaan Malaysia.
“Saya orang Brunei, saya tak pernah membabitkan diri dalam apa-apa perkara berunsurkan politik kerana saya tahu tak ada tempat untuk itu.
“Entah kenapa pihak tidak bertanggungjawab itu kena guna nama saya,” tulisnya.
Pendedahan itu dibuat menerusi akaun Instagram Stories yang disertakan dengan ‘screenshot’ akaun tidak berfaedah itu.
Dalam pada itu, pelakon drama Andainya Takdir turut memohon kerjasama semua orang untuk melaporkan akaun tersebut sebelum makin tervk.
“Saya dah sediakan link, yang perlu anda lakukan hanyalah swipe up dan melaporkan akaun tersebut.
“Tolong laporkan akaun itu sebelum jadi lagi teruk,” tulisnya lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak