SELEBRITI terkenal Nur Fazura didapati tidak bersalah dan bebas daripada tudvhan berhubung dakwaan mel4nggar kontrak bagi mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Firuz Jaffril dalam keputusannya berkata kontrak Fazura bersama syarikat Maydan Trading selaku plaintif adalah tidak sah dan terbatal kerana produk ‘Q Tab’ yang dipromosikannya gagal mendapat kelulusan pihak berwajib.
Sehubungan itu mahkamah mengarahkan pemilik Maydan Trading, Narhamdan Abd Malek untuk membayar kepada Fazura dan Universal Music selaku defendan kedua masing-masing sebanyak RM40,000.
Fazura hadir ditemani suaminya Fattah Amin.
Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hasan.
Selepas berakhirnya prosiding pada Khamis, Fazura yang hadir ditemani suami yang juga pelakon Fattah Amin berkata dia kini dapat menarik nafas lega selepas lebih dua tahun mempertahankan maruahnya yang terc4lar.
“Alhamdulillah hari ini terbukti saya tidak bersalah dan jelas segala tudvhan Maydan Trading terhadap saya memang tidak berasas sedangkan saya sudah menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.
“Malah saya sendiri terkejut apabila produk mereka dianggap sebagai tidak sah kerana tidak mendapat kelulusan pihak berwajib.
“Saya harap keputusan mahkmah ini dapat membersihkan nama baik saya sebagai seorang selebriti yang tercalar tervk akibat tudvhan tidak benar pihan plaintif sebelum ini, ” kata Fazura kepada mStar.
Fazura lega bebas tuntutan sam4n syarikat pengeluar produk Q Tab.
Pada 16 Disember 2017, Narhamdan Abd Malek telah mengemukakan sam4n dengan menamakan Fazura sebagai defendan pertama dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan kedua.
Dalam penyataan tuntutan, Narhamdan selaku plaintif mendakwa pada 10 Ogos 2017 terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music, supaya Nur Fazura memasarkan produk ‘Q Tab’, yakni produk kesihatan rambut, kulit dan kuku, dalam bentuk ‘candy’ yang boleh dikunyah.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada hujung September 2017, Nur telah mel4nggar kontrak apabila artis itu melancarkan serta memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘Trudolly’ ‘TruBeauty’, sedangkan dia masih terikat dengan kontrak bagi pemasaran ‘Q Tab’.
Menurut pernyataan tuntutan, keadaan itu mewujudkan persaingan bagi produk ‘Q Tab’ dan oleh kerana pemasaran produk itu diabaikan, ia menyebabkan Narhamdan mengalami kervgian.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar