Susulan pelaksanaan Printah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, ramai yang terjejas pendapatan kerana tidak boleh keluar bekerja seperti kebiasaannya, termasuklah penggiat seni yang terpaksa menghentikan segala aktiviti seni dan penggambaran.
Pelakon Amar Baharin mengakui wang simpanannya semakin berkurangan setelah tiga bulan tidak bekerja berikutan PKP. Bagaimanapun, Amar meluahkan rasa syukur apabila kerajaan sudah memberi kebenaran untuk menjalani aktiviti seni pada 10 Jun lalu.
“Alhamdullilah.. Syukur kepada Allah kerana kami diizinkan untuk bekerja semula. Setelah tiga bulan tak bekerja, tidak dinafikan simpanan yang ada semakin berkurangan,” katanya kepada mStar Online.
Amar berkata meskipun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalani penggambaran namun dia seronok dapat menjalani penggambaran seperti biasa. Katanya, semua kru perlu memakai tipeng muka dan perlu lebih berhati-hati ketika bersolek.
Dalam pada itu, Amar memberitahu dia sentiasa akan memastikan dirinya bersih sebelum meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak selepas pulang dari bekerja.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: ROTIKAYA