“Dulu mereka bising saya pandai-pandai keluarkan hukvm, padahal cuma…” – Da’i Wan Dazrin Gembira, Tempel4k Balik Netizen Sokong Lathi Challenge Yang Mengec4mnya..

Pendakwah bebas Wan Dazrin tampil menempel4k semula netizen yang mengec4mnya selepas mengeluarkan kenyataan berhubung Lathi Challenge sebelum ini.

Kata Wan Dazrin, kebenaran akhirnya ditunjukkan selepas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Luqman Abdullah menyifatkan Lathi Challenge bertent4ngan akidah Islam.

“Dulu mereka bising saya pandai-pandai keluarkan hukvm, padahal cuma berikan nasihat. 

“Dan saya sabar sebab tak mahu melawan. Hari ini, Allah swt tunjukkan. 

“Ketika saya bersabar, rupanya Allah swt dah aturkan untuk saya di masa depan.

“Hari ini semua yang bising itu diam dan buat-buat tak nampak,” tulis Wan Dazrin.

Tambah Wan Dazrin, biarpun tiada autoriti untuk menegaskan lebih lanjut, dia gembira apabila Lathi Challenge itu dihar4mkan.

“Walaupun posisi saya tidak valid untuk menyatakan hukvm dari segi authority tapi jika nak dibahaskan dengan dalil, kita boleh pergi jauh, membincangkan mengapa ‘Lathi Challenge’ sesuai diharamkan. 

“Saya ada sebut dulu, boleh lihat dari jalur hadith, & fekah juga. Banyak sudut.

“Tapi apa-apa pun, saya ‘Happy’ sangat untuk kenyataan yang telah dikeluarkan ini. 

“Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Moga kita semua tak sia-siakan waktu dengan buat benda-benda macam tu. 

“Selesai dah tugas saya. Moga Allah swt redha dengan usaha kita semua yang menjaga tanda-tanda Islam dalam diri masing-masing,” tambahnya.

Kecoh sebelum ini apabila kenyataan Wan Dazrin mengenai Lathi Challenge yang punyai unsur sy1rik dan bertent4ngan agama Islam dibid4s ramai hingga menarik perhatian pencipta lagu Lathi itu sendiri, Weird Genius.

Katanya, teguran Wan Dazrin dianggap meng3jek budaya Jawa dan berani bertaruh untuk memadamkan trek lagu dan muzik video Lathi di semua platform penstriman digital seandainya kenyataan pendakwah itu benar.

“Hukum Melakukan Lathi Challenge Har4m & Berd0sa” – Mufti Wilayah Persekutuan

Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya berhenti menul4rkan video dan tidak terlibat di dalam cabaran-cabaran (challenges) di media sosial yang berbentuk pemuj4an dan ritval demi menjaga akidah.

Dr Luqman berkata, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah har4m dan berd0sa kerana ia mempunyai unsur-unsur pemuj4an yang dikhuatiri akan menjerumuskan pelakunya ke dalam perbuatan sy1rik dan kekvfuran.

“Setakat maklumat yang kami dapati, Lathi Challenge ini pada mulanya dipopularkan oleh Jharna Bhagwani di aplikasi TikTok, kemudian ia tul4r di media sosial dan ramai menyahut cabaran tersebut.

“Challenge ini merupakan cabaran di mana pelaku akan mengenakan pakaian ala-ala tradisional nusantara (Jawa) dengan menari mengikut alunan lagu, lalu tiba-tiba menukar wajah dan pakaian mereka menyerupai h4ntu yang meng3rikan.

“Lathi diambil daripada bahasa Jawa Kuno yang membawa maksud lidah. Ia menjadi judul bagi sebuah lagu single yang dinyanyi Weird Genius yang berduet bersama Sara Fajira.

“Di dalam music video offical, terdapat elemen joget dan tarian yang berunsur ritval m1stik.

“Malah, di dalam lirik turut mempunyai bait-bait yang dikatakan mengandungi pemuj4an r0h dan meny3ru makhluk halus.

“Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, maka tarian dan lirik lagu yang mempunyai unsur pemuja4n dan ritval yang menyal4hi akidah Islam, serta pemakaian dan solekan yang menyerupai sya1tan atau h4ntu.

“Lathi Challenge ini termasuk dalam tasyabbuh yang dilarang di dalam hadith. Oleh itu, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah har4m dan berd0sa,” katanya.

Menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah juga, Dr Luqman menegaskan bahawa tindakan menul4rkan cabaran-cabaran (challenges) seperti ini tidak patut dilakukan, apatalagi ia melibat perkara-perkara yang bertent4ngan dengan akidah Islam.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak